Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Hasil Susu Lipas Untuk...

MUNGKIN ada di antara kita tidak pernah dengar susu lipas dan tidak tahu...

Tiga Bersaudara Direman Bantu...

IPOH: Tiga bersaudara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

PM Bentang RMK-12 Pada...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia...

Najib Mahu Mayat Bernard...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pegawai Malaysia...

Guna Internet Dan Media Sosial Untuk Pupuk Perpaduan – Najib

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu terus menggunakan internet dan media sosial sebagai platform untuk memupuk perpaduan dan mengelakkannya daripada disalahguna, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia harus menggunakan internet untuk kebaikan yang lebih besar, dan ia menjadi “tanggungjawab kita secara kolektif untuk memastikan perpaduan dan keharmonian dikekalkan, tambahan pula kita ialah 1Malaysia.”

Internet bukan sahaja alat yang berkuasa yang boleh membentuk dan meruntuhkan masyarakat tetapi juga ruang yang luas untuk berwacana, kata beliau menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau NajibRazak.com malam ini bertajuk “Netizen untuk kebaikan yang lebih besar.”

Mengenai pertemuan beliau baru-baru ini dengan rakyat Malaysia yang menumpukan masa mereka untuk memainkan peranan mewujudkan Malaysia yang lebih baik, Najib berkata rakyat Malaysia yang luar biasa ini mempunyai satu persamaan, “mereka menggunakan pengaruh mereka dalam talian untuk kebaikan lebih besar.”

Najib berkata beliau menemui Dr Raja Shamri atau “Hero Banjir”, yang memberi inspirasi kepada negara apabila usahanya membantu semasa banjir pada 2014 menjadi viral, penyampai radio dan Duta Penderma Organ Revathy Bawadas Kumar, Kuan Chee Heng seorang bekas anggota polis yang kini mengetuai 95,000 anggota Kepolisan Komuniti Malaysia yang menyatukan rakyat Malaysia untuk memastikan komuniti selamat.

Beliau juga menemui Dr Aznil Hisham, pakar radiologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang berbicara mengenai usaha memupuk perpaduan dengan pengikutnya yang berada dalam talian semasa waktu lapang, dan Dr Teh Su Thye, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keamanan Global dan anggota Jawatankuasa untuk Memupuk Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama.

“Usaha mereka telah menarik perhatian dan memberi inspirasi kepada ribuan pengikut, memberi inspirasi kepada mereka untuk mengekalkan keyakinan dan kepercayaan kepada negara yang kita cintai.

“Kita tidak harus membenarkan keyakinan dan kepercayaan ini dicemari oleh segelintir mereka yang mempunyai agenda tidak skihat. Seperti saya, mereka juga ialah pendukung kuat 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata perpaduan rakyat Malaysia terserlah apabila Malaysia berdepan tahun paling sukar pada 2014 apabila negara dilanda banjir paling lebih buruk dalam beberapa dekad, apabila tragedi MH370 dan MH17.

“Terdapat semangat kesetiakawanan yang mengenepikan agenda politik, kaum dan agama,” katanya.


Najib berkata netizen negara menjadi pemacu utama untuk usaha bantuan secara kolektif dan “hashtag” telah diwujudkan untuk menyebarkan kata-kata perangsang.

“Media sosial menjadi sebahagian daripada sistem sokongan negara. Ia adalah satu daripada beberapa detik apabila kata-kata talian dan realiti bergabung untuk perjuangan yang lebih besar. Ia mencerminkan siapa kita sebenarnya sebagai sebuah negara,” kata beliau.

Najib berkata “peperangan persepsi” akan berterusan, dan internet adalah ruang yang terbuka luas untuk suara rakyat.

“Tetapi terpulang kepada kita untuk berada di laluan kesederhanaan dan tidak terjebak dalam agenda pengguna tidak bertanggungjawab yang menyalahtafsir,” katanya dan menambah pengguna internet perlu dapat membezakan antara kebenaran, separuh benar, pembohongan dan pendapat sebelum merumuskan pertimbangan mereka sendiri.

“Kita perlu lebih berhati-hati semasa berkongsi maklumat di media sosial,” katanya oleh kerana internet adalah harta bersama milik secara kolektif oleh semua warga global, dan oleh itu, “kita bertanggungjawab untuk tidak menyalahgunakannya.”

Beliau berkata, malangnya, kadang-kadang, teknologi disalahguna untuk mengapi-apikan perasaan perkauman atau sikap tidak bertoleransi terhadap agama.

“Pahlawan papan kekunci, cyber trooper dan portal berita telah menjadikan dunia atas talian sebagai pentas mereka, membentuk versi sendiri mengenai “realiti” dengan tajuk yang memenuhi agenda mereka sendiri. Ini adalah kewartawan yang tidak sihat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori