• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fynn Jamal Nafi Bakal Gantikan Tempat Fara Fauzana

oleh AK-47
20/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI yang semua sedia maklum, penyampai radio popular, Fara Fauzana baru-baru ini sudah pun membuat pengumuman bahawa dirinya bakal meninggalkan konti radio Hot FM dan bidang penyiaran radio selepas ini.

Namun, apa yang menjadi persoalannya sekarang, siapakah yang bakal mengantikan tempat Fara sebaik peninggalannya itu nanti?

Dan tidak semena-mena nama penyanyi dan pemuisi, Fynn Jamal dikaitkan dengan hal itu memandangkan Hot FM pernah mengundangnya ke konti bagi membincangkan topik BFF.

Ramai pihak terus membuat spekulasi mengatakan pelantun lagu Arjuna Beta itu bakal mengambil alih tempat Fara memandangkan suara mereka dikatakan agak serupa ketika bersiaran di corong radio.

Namun, pantas menepis spekulasi itu, Fynn memberikan justifikasinya menerusi laman sosial menyatakan,

“I didn’t get on air at @hotfm976 to replace her. Don’t fret, no need to worry. I came for this lady. (Saya bersiaran dalam Hot FM bukan untuk menggantikan Fara. Jangan risau. Saya hanya datang untuk Fara).

“Kadang-kadang kita terlalu tamak nakkan orang yang kita nak, sampai kita lupa orang ada benda yang dia nak.

“Kalau ikut hati, aku nak dia dok congok kat konti sampai tua, sebab aku happy bila dia kat situ. Hahaha. Tapi mana aci, takkan dia kena dok situ sebab happiness aku, dia patut hidup untuk happiness dia,” tulisnya.

fynn1 fynn2

Baca: Fara Mahu Tinggal Dunia Radio, Henti Jadi Penyiar Hot FM

Juga: Punca Sebenar Fara Fauzana Tinggalkan Hot FM

Fara memulakan kerjayanya di Hot FM sejak 10 tahun lalu dan merupakan antara deejay pelopor dalam stesen kegemaran ramai itu.

Selain Fara, tiga deejay lain iaitu AG, Ikhwan dan Liza juga akan menamatkan khidmat mereka di Hot FM namun suara mereka bertiga selepas ini akan kedengaran di corong radio Ultra FM.

Stesen tersebut yang ke udara di Lembah Klang menerusi frekunsi 103.1 baharu diambil alih pihak Media Prima Berhad yang kini mengendalikan Hot FM, One FM, Fly FM. dan terbaharu Pi Mai FM.

Manakala Fara pula sudah menyatakan bahawa dia akan bersara dalam dunia penyiaran radio yang menjadi darah dagingnya selama ini.

Bagi yang merindui Fara, anda boleh menonton gelagat selebriti berusia 36 tahun ini menerusi program Muzik-Muzik, yang mana Fara ditugaskan sebagai hos bersama-sama Fizi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtisselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd