• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firma AS Akan Labur Tambahan RM400 Juta Di Perak

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Finisar Corporation, pembekal produk komunikasi optik terbesar dunia, merancang menambah pelaburan sebanyak RM400 juta lagi bagi kilangnya di Chemor, Perak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan Finisar di Malaysia sebanyak RM1 bilion dan bakal menjana pulangan pelaburan RM38.5 bilion dalam tempoh 10 tahun,” kata Perdana Menteri.

Najib bertemu Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Finisar Jerry S. Rawls di luar acara majlis makan tengah hari beliau bersama ketua-ketua industri Amerika di sebuah hotel di San Jose, Silicon Valley, dekat sini pada Rabu (Khamis di Malaysia) dan menyerahkan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi pelaburan tambahan itu kepada Rawls.

Perdana Menteri berkata pelaburan baharu itu dijangka menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 250 orang.

Sementara itu, Rawls berkata pelaburan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang akan termasuk pengembangan 100,000 kaki persegi (9,290 meter persegi) kilangnya di Chemor serta pengambilan lebih ramai pekerja.

Syarikat itu telah melabur kira-kira US$160 juta (RM672 juta) di Chemor sejak ia memulakan operasi pada 2001, katanya.

“Semasa kami bermula pada 2001 kami hanya mempunyai 40 pekerja tetapi kini kami memiliki lebih 6,000 pekerja,” katanya dalam temu bual sebelum majlis makan tengah hari itu.

Finisar yang mencatatkan perolehan US$1.25 bilion tahun lepas, menyumbang 25 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pembuatan Perak dan lima peratus kepada KDNK negeri, katanya.

Syarikat itu merupakan pembekal terbesar dunia produk komunikasi optik termasuk penghantar terima optik, enjin optik, kabel optik aktif, komponen optik dan instrumen optik.

Produk-produk ini berfungsi membolehkan komunikasi suara, video dan data kelajuan tinggi bagi perangkaian, storan, wayarles dan aplikasi TV kabel.

Rawls berkata syarikat itu memutuskan untuk menambah pelaburan di Malaysia berikutan faktor-faktor seperti pekerja yang baik, pekerjaan stabil, perdagangan mudah dan kemudahan asas serta prasarana komunikasi yang baik.

“Cuaca sentiasa baik, tiada gunung berapi, tiada gempa bumi, tiada penutupan kilang, tidak seperti kilang kami di Eropah Timur yang kadang-kadang kami terpaksa tutup disebabkan masalah ais dan salji,” katanya.

Kemudiannya semasa majlis makan tengah hari itu, Rawls memuji Chemor sebagai lokasi yang sangat baik bagi pelaburan dengan berkata:”Kami mendapat sokongan baik daripada kerajaan (Malaysia).”

Najib berkata kisah Finisar merupakan bukti kejayaan cemerlang syarikat itu yang melabur sejak 15 tahun di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak 2 Tahun Lemas Di Alur Sungai Kuala Besut

Next Post

Kedah Catat Penurunan 9% Kes Denggi Jan Hingga 13 Feb

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

Kedah Catat Penurunan 9% Kes Denggi Jan Hingga 13 Feb

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd