Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sesi Persekolahan Sekolah Kendalian...

KUALA LUMPUR - Sesi baharu persekolahan bagi semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan...

Elak SOP Bebankan Jemaah...

PETALING JAYA – Syarikat pe­ngendali umrah memohon kerajaan agar tidak melaksanakan prosedur operasi...

Notis 6 Bulan Penjawat...

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini menggesa kerajaan supaya melanjutkan notis penamatan kontrak...

Zulhuzaimy Selamat Bertunang Dengan...

WALAUPUN pernah melalui kegagalan perkahwinan sebelum ini, pelakon Zulhuzaimy tidak pernah menjadikan perkara...

DAP Menunggu Masa, Jawatan MB Selangor Dalam ‘Bahaya’

SHAH ALAM – Jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di negeri ini dalam PRU akan datang.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, beliau yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru.

“Pembentukan Pakatan Harapan termasuk dalam konteks Selangor memudahkan lagi DAP mendapatkan kerusi menteri besar apabila calon Melayu mereka yang bertanding menang.

“Sebenarnya DAP mungkin akan dapat menggantikan Azmin sebagai menteri besar kerana dalam hal ini, PKR dan Amanah jelas memainkan peranan sebagai pembantu strategik pada peluasan pengaruh dan kuasa politik DAP,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keengganan Pas menyetujui prinsip satu lawan satu juga boleh menyebabkan PKR kehilangan lebih banyak kerusi di Selangor, sekali gus memberi laluan mudah untuk DAP meraih majoriti.

“PKR sudah menjangka kesukaran yang akan mereka lalui di Selangor dalam PRU14 nanti kerana komposisi kawasan di Selangor agak rumit kalau hendak dipecahkan mengikut majoriti kaum dan parti.


“Tambahan pula strategi politik di negeri berkenaan memerlukan penglibatan signifikan undi semua kaum tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar,” katanya.

Beliau berkata, Azmin jelas mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan kerana beliau sudah boleh menilai sentimen pengundi pembangkang di Selangor kini terbahagi kepada dua iaitu pro Pas dan pro Pakatan Harapan.

“Senario ini jelas menggambarkan Azmin dan PKR dalam dilema dan tekanan pembahagian pengaruh antara PKR, DAP, Amanah dan Pas di satu pihak lain.

“Seolah-olah berlaku dua kumpulan dalam pembangkang dan PKR seperti di tengah-tengah kumpulan,” katanya. – SINAR HARIAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori