• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti-Cuti 1Malaysia ‘Dekat Je’ Promosi Pelancongan Domestik

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 60 peserta industri pelancongan termasuk agensi pelancongan, hotel dan pengusaha produk pelancongan akan mempromosikan pelancongan dalam negara pada pameran pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia ‘Dekat Je’ di Johor, bulan ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Tan Sri Dr Ong Hong Peng berkata pameran pertama kali dianjurkan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) itu akan diadakan di KSL City, Johor Baharu selama tiga hari, bermula 26 Feb.

“Kita menyasarkan jualan pakej bernilai RM1 juta melalui penawaran pelbagai produk dan pakej pelancongan domestik kepada 15,000 pengunjung yang dijangka hadir,” katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Pameran Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia ‘Dekat Je’, di sini Jumaat.

Beliau berharap penganjuran pameran itu dapat meningkatkan jumlah pelancong domestik memandangkan nilai tukaran mata wang asing yang tinggi, selain membantu menerapkan budaya melancong secara terancang dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pada tahun ini, kita menyasarkan 66.8 juta pelancong domestik dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM45.7 bilion,” katanya, sambil menambah pada 2014 jumlah pelancong domestik adalah seramai 60.7 juta dengan perbelanjaan RM41.4 bilion.

Ong berkata pada 2014, lima negeri menjadi tumpuan utama pelancong domestik iaitu Perak, Johor, Pahang, Kedah dan Selangor.

Katanya penganjuran kempen itu akan membantu meningkatkan ekonomi rakyat tempatan akibat kejatuhan ringgit serta mengimbangi kesan pengurangan ketibaan pelancong dari beberapa pasaran tertentu terutamanya Singapura.

“Untuk tahun ini, Tourism Malaysia juga akan mempergiatkan kempen pelancongan di negara-negara yang mempunyai pasaran luas termasuk China, India dan negara-negara Timur Tengah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]soFBNvQEDeI[/wpdevart_youtube]

Tags: Pelancongan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh Tapah: Dua Beranak Dibebaskan Dengan Pengawasan PBE

Next Post

Harimau Belang Mati Dirempuh MPV Di LPT2

Related Posts

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

Jangan Tutup Pintu Pelancongan Langkawi – Armishah

14/01/2022
0

LANGKAWI : Kerajaan Pusat diminta tidak mengambil tindakan menutup pintu pelancongan ke pulau peranginan ini berikutan penularan varian, Omicron di...

Next Post

Harimau Belang Mati Dirempuh MPV Di LPT2

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd