• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Dilapor Karam Ke Laut Sejak Khamis Lalu

oleh Ahmad Albab
21/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bot yang dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Payar malam tadi, dipercayai telah keluar ke laut sejak Khamis lalu untuk membawa sekumpulan pemancing ke kawasan berhampiran Pulau Payar.

Isteri kepada tekong bot berkenaan Rosmawati Mat, 40, berkata suaminya telah keluar ke laut sejak pagi Khamis lalu dan sepatutnya tiba di Jeti Pangkalan Kuala Kedah pagi ini.

Suami beliau, Zamidi Meeson, 42, telah lama menjalankan aktiviti membawa pemancing dengan menggunakan bot nelayan Kelas A miliknya.

Bagaimanapun Rosmawati tidak mengetahui jumlah sebenar pemancing dibawa suaminya kali ini.

“Bot tersebut baru sahaja diservis oleh suami saya, dia dah tahu keadaan kawasan tempat dia selalu memancing itu dan saya harap dia selamat,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Lt Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor memberitahu seorang nelayan telah memaklumkan kepada pihak APMM bahawa terdapat sebuah bot kayu mengalami kebocoran dan tenggelam secara perlahan-lahan di kawasan berkenaan.

Susulan itu, APMM katanya telah menggerakkan Bot Pengawal 41 dan Kapal Penyelamat 5 dari Pangkalan Kuala Kedah dan Pangkalan Langkawi untuk aktiviti mencari dan menyelamat sejak semalam.

Operasi yang diteruskan sejak pagi tadi bagaimanapun masih belum menemui mangsa. – BERNAMA

Tags: APMMbot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd