• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan aktivis Maria Chin Abdullah berhubung larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membabitkan baju kuning Bersih 4.0 dan risalah mengenai perhimpunan itu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Pada 18 September tahun lepas, Maria yang merupakan penganjur Bersih 4.0, bersama dua yang lain iaitu Masjaliza Hamzah dan Fadiah Nadwa Fikri memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Menteri Dalam Negeri dan KDN berhubung perintah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada 27 Ogos tahun lepas.

Perintah itu menyebut larangan terhadap percetakan, pengimportan, pengeluaran, penerbitan, penjualan, pengedaran atau pemilikan mana-mana pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan “Bersih 4” serta apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang membawa kepada perhimpunan Bersih 4.0.

Terdahulu, dalam hujahannya, peguam Edmund Bon yang mewakili Maria memberitahu tiada bukti bahawa baju kuning Bersih 4.0 mampu mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara.

Beliau berkata pada masa sama, perhimpunan Bersih 4.0 yang dijalankan pada 29 hingga 30 Ogos tahun lepas juga berlangsung dalam keadaan aman.

“Menteri Dalam Negeri mengumumkan larangan terhadap pemakaian baju berwarna kuning pada 27 Ogos 2015 sedangkan perhimpunan itu dijalankan pada 29 Ogos 2015.

Bagaimana boleh buktikan bahawa perhimpunan itu akan memudaratkan keselamatan negara sebelum ia dijalankan?” katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan berkata, Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa di bawah Seksyen 7(1) akta itu untuk mengeluarkan arahan mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini)(NO.22) 2015.

“Jika menteri merasa ada kemungkinan mahupun sedikit kemungkinan kekecohan akan berlaku, menteri mempunyai kuasa untuk ban (larang) sebarang benda yang disyaki,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bersih 4.0kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Curi 6 Tin Sardin, Penganggur Dihukum Penjara 7 Hari

Next Post

Singapura Diancam 9 Juta Kura-kura Bawa Pepijat Toksik

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Singapura Diancam 9 Juta Kura-kura Bawa Pepijat Toksik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd