• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berlakon Sebagai Penjaga Gol, Saat Mencabar Bagi Saran Kumar

oleh Ahmad Albab
25/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Membawa watak penjaga gol dalam filem ‘Ola Bola’ adalah saat paling mencabar dalam hidup M. Saran Kumar, 21, kerana beliau tidak pernah berlakon sebelum ini.

Penuntut tahun dua bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang membawa watak ‘Muthu’ itu bagaimanapun berkata beliau lega kerana pengalaman mewakili pasukan bawah 18 tahun Selangor memudahkannya mengadaptasi watak penjaga gol.

“Tetapi, saya bermain untuk posisi pertahanan dan bukan sebagai penjaga gol,” katanya sambil menambah pengarah Chiu Keng Guan meminta beliau menjalani latihan khusus secara peribadi selama tiga bulan untuk mempelajari teknik sebagai penjaga gol bagi membawa watak berkenaan dalam filem itu.

Saran menganggap watak penjaga gol itu tidak membebankan malah berusaha sedaya-upaya menghidupkan watak ‘Muthu’ itu.

“Saya berusaha menyelami watak itu malah, menangguhkan pembelajaran selama satu semester semata-mata untuk memberi fokus dan komitmen kepada lakonan dalam filem ‘Ola Bola’,” katanya kepada Bernama di sini.

Penonton filem itu mengaitkan watak ‘Muthu’ dengan penjaga gol nombor satu negara, mendiang Datuk R. Arumugam yang dikenali sebagai ‘Spiderman Malaysia’ semasa kegemilangan sukan bola sepak negara pada 1970-an dan 1980-an.

Filem fiksyen bertemakan bola sepak itu mengambil inspirasi daripada kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia berjaya menyertai Sukan Olimpik Moscow 1980.

Saran, anak kelahiran Kepong, Kuala Lumpur, berasa amat teruja apabila ditawarkan berlakon dalam filem itu, yang secara tidak langsung menonjolkan kegemilangan pasukan bola sepak negara serta semangat setiakawan rakyat Malaysia.

Beliau juga amat terharu apabila melihat sambutan luar biasa orang ramai terhadap filem terbitan Astro Shaw itu.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya apabila melihat sambutan penonton. Saya sungguh terharu dan bangga kerana berpeluang menyumbang sedikit kepada kejayaan filem ini,” katanya.

Saran berkata susulan pengalamannya berlakon dalam flem itu, beliau kini berminat terhadap bidang lakonan dan berharap dapat mengembangkan bakatnya sebagai pelakon.

“Namun, saya tetap mahu menjadi jurutera elektrik dan elektronik,” katanya.

Filem ‘Ola Bola’ mendapat sambutan hangat sehingga mencatatkan kutipan RM12 juta sejak mula ditayangkan pada 28 Januari lepas di 120 pawagam di seluruh negara.

Filem yang dibintangi Bront Palarae itu turut menampilkan ramai muka baharu termasuk pelakon utamanya JC Chee dan Luqman Hafidz serta Marianne Tan, Katrina Ho dan Frankie Lee. – BERNAMA

Tags: ola bola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kegemilangan Harimau Malaya Di Istana Budaya

11/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Menjayakan babak perlawanan bola sepak untuk pementasan teater bukanlah sesuatu yang mudah, namun di OlaBola The Musical,...

Pelakon Ola Bola Juga Perlu Hadiri Uji Bakat – Tiara

22/08/2017
0

AHAD lepas, berlangsungnya satu uji bakat untuk pemilihan pelakon teater muzikal, Ola Bola The Musical yang diadakan di Enfiniti Academy,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd