• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengawal Kem Nazi Bunuh 170,000 Yahudi Dibicara

oleh
12/02/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Mantan anggota elit skuadron SS Nazi yang pernah berkhidmat sebagai penjaga di sebuah kem maut di Auschwitz akan kembali diadili di Jerman atas pembunuhan lebih 170,000 nyawa penduduk Yahudi.

Hakim mengeluarkan tuntutan menyatakan bahawa Reinhold Hanning, kini berusia 94 tahun, menemui tahanan Yahudi ketika mereka tiba di kem Poland dan mungkin telah menghantarkan beberapa tahanan ke bilik gas maut.

Hanning sebelum ini telah mengaku bahawa dia memang menjadi penjaga kem tersebut namun membantah dirinya pernah terlibat dalam pembunuhan tahanan secara beramai-ramai, lapor stesen antarabangsa BBC.

Dia kini akan dibawa ke sebuah mahkamah tempatan di kota Detmold, terletak kira-kira 396 kilometer dari timur ibu negara Jerman, Berlin yang mungkin merupakan mahkamah terakhir untuk kes berprofil tinggi semacam ini.

Auschwitz-Concentration-Camp

Hanning merupakan salah seorang daripada empat mantan penjaga kem tersebut daripada skuad SS Nazi, iaitu masing-masing tiga lelaki dan seorang perempuan, yang bakal dibicarakan dalam beberapa bulan ke depan.

Nazi membunuh 1.1 juta orang di Auschwitz, kira-kira 312 kilometer dari ibu negara Poland, Warsaw. Kebanyakan daripada mereka adalah bangsa Yahudi. Kem maut yang dibina pada 1940 itu berkeluasan 40 kilometer persegi.

Ia diurus SS atau nama penuhnya Schutzstaffel atau Skuadron Perlindungan yang diwujud pada 1925 oleh Adolf Hitler. Sejumlah tahanan kem Perang Dunia Kedua itu yang masih lagi hidup akan menjadi saksi kes Hanning.

Sebelumnya, pihak pendakwa raya Jerman dikehendaki menyediakan bukti lengkap bahawa suspek sebagai memang terlibat secara langsung dalam kegiatan pembunuhan tragik beramai-ramai kaum Yahudi tersebut.

yahudi

Namun ia berubah susulan hukuman dijatuhkan kepada John Demjanjuk pada 2011 apabila hakim merumuskan bahawa aktivitinya sebagai pekerja di kem Auschwitz boleh dianggap sebagai turut terlibat dalam pembunuhan.

Ini menyaksikan sebuah mahkamah Jerman pada tahun lalu menjatuhkan hukuman empat tahun penjara kepada Oscar Groening, kini 94 tahun; atas dakwaan membantu pembunuhan seramai 300,000 nyawa di Auschwitz.

Tertuduh juga dikenali sebagai ‘akauntan Auschwitz’ didakwa sebagai orang penting dari skuad SS dan bertugas menghitung setiap wang yang dirampas daripada semua tahanan Yahudi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Juga: Rakyat Britain Makin Mula ‘Meluat’ Orang Yahudi

Lagi: Mahu Diludah, Maki Hamun, Jadilah Yahudi Di Paris

Tags: NaziYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Graduan UniSZA Terima Berita Kematian Bapa Ketika Menanti Giliran Terima Skrol’

Isu Yahudi, Zionis Di Dewan Rakyat Diputuskan 2, 3 Hari Lagi – Speaker

06/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberitahu akan memberi keputusan dalam dua atau tiga hari lagi...

Menteri Russia Dakwa Adolf Hitler Berketurunan Yahudi

03/05/2022
0

TEL AVIV, Israel — Israel semalam mengutuk keras Moscow kerana kenyataan ‘tidak boleh dimaafkan’ oleh Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd