• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlit Wanita AS Pertama Berhijab Sertai Olimpik

oleh
09/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Atlit lawan pedang Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad, bakal mencatat sejarah – sebagai atlit Amerika Syarikat (AS) pertama yang bertanding dalam Sukan Olimpik dengan memakai hijab.

Menurut laporan portal terkenal Huffington Post, Ibtihaj bakal mewakili negara kuasa besar dunia tersebut dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos depan.

Beliau secara rasmi disahkan sebagai layak menyertai acara sukan berprestij empat tahun sekali itu setelah berjaya merangkul pingat gangsa dalam Piala Dunia Sabre Wanita baru-baru ini.

1
https://www.instagram.com/ibtihajmuhammad/

Ini menjadikannya beliau melakar sejarah tersendiri sebagai wanita warga Muslim AS yang pertama tampil bertanding di temasya Olimpik dengan berhijab, lapor Huffington Post.

Ibtihaj, 30 tahun, menulis di biografi beliau di laman USA Fencing: “Kebanyakan orang mungkin tidak akan membayangkan seseorang seperti saya sebagai atlit lawan pedang Sukan Olimpik.

“Mujur, saya bukanlah seperti kebanyakan orang di dunia. Saya selalu percaya dengan kerja keras, dedikasi dan ketekunan, satu hari nanti, saya dengan rakan-rakan sepasukan mampu catat sejarah dalam Olimpik.”

2
https://www.instagram.com/ibtihajmuhammad/

“Selepas tamat pengajian di sebuah universiti (Universiti Duke), saya lihat tidak ramai masyarakat minoriti khasnya Muslim yang mahu menyertai sukan lawan pedang.

“Saya menyedari saya mempunyai kemahiran khusus dalam bidang ini, jadi saya mula menceburi sukan ini dengan sepenuh masa,” katanya dalam wawancara bersama TeamUSA.org.

Ibtihaj, yang berasal dari New Jersey, giat dalam sukan lawan pedang sejak berusia 13 tahun lagi. Apa yang menarik, selain atlit lawan pedang, Ibtihaj juga seorang usahawan fesyen.

Beliau malah mengendalikan sebuah butik secara online Louella, yang diasaskannya sendiri serta aktif menjual pakaian “sopan, dan mengikut fesyen terkini.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hijabOlimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Terima Atlet Israel, Malaysia Mungkin Hilang Hak Tuan Rumah

31/12/2021
0

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran Malaysia mungkin hilang hak menjadi tuan rumah acara sukan pada masa depan jika ia...

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd