• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkasa Sasar Tubuh Pusat Jagaan Anak Yatim Di Setiap Negeri

oleh Ahmad Albab
06/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah pusat jagaan anak-anak yatim di setiap negeri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata penubuhan pusat jagaan itu dibiayai melalui progam Infaq Lil-Waqf Angkasa.

“Pusat Jagaan Darul Sakinah (PJDS) di Petaling Jaya ini merupakan projek perintis Angkasa bagi membantu dan memberi nafas baharu kepada anak yatim khususnya terdiri daripada golongan fakir dan miskin,” katanya selepas merasmikan pembukaan bangunan PJDS itu di sini, hari ini.

PJDS pertama ditubuhkan pada penghujung 2013 dan kini dihuni 18 pelajar lelaki berusia antara 11 dan 15 tahun.

Menurut Abdul Fattah, menerusi program Infaq Lil-Waqf yang dilancarkan sejak 2013, Angkasa berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM6.6 juta daripada ahlinya dan RM1.7 juta daripada jumlah itu digunakan untuk menampung perbelanjaan PJDS tersebut.

“Buat masa terdekat ini, kami turut mendapat komitmen dari Angkasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menubuhkan PJDS di kawasan terpilih menjelang tahun ini.

“Angkasa akan menanggung perbelanjaan sebanyak 50 peratus bagi setiap PJDS yang akan ditubuhkan di setiap negeri manakala selebihnya ditanggung oleh koperasi negeri masing-masing”, jelasnya.

Abdul Fattah berkata Angkasa turut menyasarkan pembukaan PJDS dalam kalangan negara-negara ASEAN.

“Pada ketika ini, kami melihat keperluan untuk mewujudkan PJDS di Kemboja kerana Angkasa telah ada rangkaian di sana, namun perkara ini kita akan bincangkan pada masa depan,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta anggota koperasi terus meningkatkan sumbangan mereka bagi menjayakan program infaq selaras dengan peranan Angkasa bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Q_03czh8lCw[/wpdevart_youtube]

Tags: Angkasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

12/08/2023
0

WASHINGTON: Firma Virgin Galactic berjaya menghantar penumpang pertama ke angkasa, sekali gus menamatkan penantian misi selama hampir dua dekad. (Ada...

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

28/06/2023
0

KUALA LUMPUR : ANGKASA-X berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd