• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Ziarah Jenazah Bekas Speaker Dun Kedah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan berangkat menziarah jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Kedah Datuk Paduka Abdullah Ismail yang meninggal dunia semalam kerana sakit tua.

Tuanku Abdul Halim yang juga Sultan Kedah, dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di kediaman Allahyarham di Jalan Mahkota di sini pada kira-kira 9 pagi.

Turut berangkat, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad turut hadir.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah Allahyarham serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Abdullah, 89, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada kira-kira 4.30 petang semalam.

Lebih dikenali sebagai Datuk Lah Fendi, Allahyarham memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sekitar 1990-an serta merupakan teman rapat baginda terutamanya dalam sukan golf.

Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Exco kerajaan negeri selama dua penggal pada 1990-an.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Che Amah Putih, 69, dan tiga anak lelaki serta tiga anak perempuan berusia 44 hingga 60 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat, Yan pada kira-kira 11 pagi ini untuk dikebumikan. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd