GARA-GARA si suami memberi komen berbentuk gambar ikon botol susu, ramai pihak mula membuat andaian mengatakan penyanyi cantik, Adira Suhaimi kini sedang hamil anak sulungnya.
Adira enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus tersebut kerana ingin menjaga hati beberapa pihak lain.
Memetik Berita Harian, Adira berkata; “Minta maaf, buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana asalnya berita itu bukan keluar dari mulut kami.
“Cuma apabila diucapkan ramai orang, ia umpama doa buat kami.
“Apa yang dapat saya kongsi, doakan perkara yang baik-baik buat saya dan suami.
“Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan saya memilih untuk mengunci mulut buat sementara waktu. Harap semua faham,” katanya.
Adira merupakan isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu.
Penyanyi yang terkenal dengan gelaran Snow White itu bernikah dengan suaminya di Songkhla, Thailand pada tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC