• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Sangkal Dakwaan ‘Anti Pemimpin Persekutuan’

oleh Ahmad Albab
27/02/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyangkal dakwaan kononnya beliau beliau anti pemimpin Kerajaan Persekutuan dan penduduk dari Semenanjung Malaysia.

Katanya apa yang beliau perjuangkan adalah hak kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia termasuk negeri dan rakyat Sarawak.

“Saya anti dasar ketidaksaksamaan, bukannya anti pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan dan rakyat Semenanjung Malaysia,” katanya dalam rancangan Bersama Ketua Menteri Sarawak yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 dari Auditorium P. Ramlee, Radio Televisyen Malaysia Kuching di sini malam Jumaat.

Adenan berkata apa yang sedang beliau perjuangkan adalah untuk mendapat semula kuasa untuk Sarawak seperti yang tercatat di dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada tahun 1963.

Beliau juga inginkan Sarawak menerima pembangunan yang sama sebagaimana dinikmati negeri-negeri di Semenanjung.

Adenan juga menegaskan bahawa beliau tidak ada niat sama sekali mahu membawa Sarawak keluar daripada Malaysia sambil menyifatkan tindakan seumpama itu tindakan yang bodoh.

Mengenai pilihan raya negeri akan datang, Adenan selaku pengerusi Barisan Nasional berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu untuk mencapai kemenangan besar.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas rancangan berkenaan, Adenan mengesahkan bahawa BN akan turut mencalonkan beberapa penyandang kerusi yang kini bersama Parti Bersatu Rakyat (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), kedua-dua parti yang masih menunggu penerimaannya ke dalam keluarga BN.

“Apa yang penting ialah kita mahu calon yang boleh menang, tidak kira dari mana termasuk juga calon-calon daripada Teras dan UPP,” katanya.

Pilihan raya Sarawak akan datang bakal menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu yang menjadi rebutan parti-parti komponen BN. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian Perinci Cadangan Beri Ruang Mat Rempit Berlumba

Next Post

Anak Arnab Serupa Gajah Akibat Celaru Baka?

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

Anak Arnab Serupa Gajah Akibat Celaru Baka?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd