• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Rahim Ketua Polis Perak Baharu

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Abdul Rahim, 58, menggantikan Ketua Polis Perak sebelum ini, Datuk Osman Salleh yang bersara wajib hari ini.

Majlis serah terima tugas antara Abdul Rahim dan Osman disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Pada majlis itu juga, diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) negeri, Datin Halijah Mohd Rashid kepada Datin Seri Ramlah Mahmod, dengan disaksikan Naib Pengerusi Perkep Malaysia, Datin Seri Shahriza Saad @ Mansor.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Abdul Rahim meminta semua warga polis Perak mendoakan kepimpinannya sentiasa terarah dan selari dengan saranan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.

“Saya mengharapkan sokongan berterusan dan ‘Esprit De Corps’ (semangat kerjasama berpasukan) daripada semua warga polis Perak. Saya akan melaksanakan tanggungjawab terbaik saya,” katanya.

Abdul Rahim yang dilahirkan pada 1 Feb 1958 di Alor Setar, Kedah, mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 27 Feb 1983 sebagai Kadet Asisten Superintenden.

Sepanjang berkhidmat dalam PDRM, beliau pernah bertugas di beberapa daerah dan kontinjen polis, termasuk sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ketua Polis Daerah Gurun, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dan Ketua Polis Kelantan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lccrFFMhrCY[/wpdevart_youtube]

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd