• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

510 Kes Permohonan Kebenaran Kahwin Bawah Umur Di Sabah

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sebanyak 510 kes Permohonan Kebenaran Perkahwinan Bawah Umur direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Sabah sepanjang 2013 hingga tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata statistik itu semakin menurun dengan 151 kes pada tahun lepas berbanding 179 kes pada 2014 dan 180 kes pada 2013.

Selain itu, katanya Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah mengendalikan 5,762 kes sosial remaja dan kanak-kanak dari 2010 hingga November tahun lepas.

Antara kes yang direkodkan ialah pengabaian, penderaan seksual dan fizikal, buang bayi dan terdedah kepada bahaya moral.

“Semua pihak saling bekerjasama dan memandang serius kes yang membabitkan wanita dan kanak-kanak di negeri ini supaya mereka sentiasa dilindungi di sisi undang-undang,” katanya ketika merasmikan Seminar Mengenai Hak dan Isu-Isu Wanita dan Kanak-Kanak anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di sini, hari ini.

Seminar sehari itu yang disertai 300 orang, turut dihadiri Pengerusi MPWS yang juga Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Mariati Robert.

Nancy berkata bagi kes keganasan rumahtangga di Sabah, statistik Polis DiRaja Malaysia meningkat kepada 351 kes pada tahun lepas berbanding 299 kes (2014) dan 231 kes (2013).

Penderaan fizikal terhadap kanak-kanak pula mencatatkan 18 kes pada tahun lepas dan 2014 berbanding 13 kes pada 2013 manakala jenayah rogol menurun kepada 222 kes pada tahun lepas berbanding 223 kes pada 2014 dan 225 kes pada 2013. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8c_Y5R-x6pw[/wpdevart_youtube]

Tags: Nancy Shukri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Nancy Bidas Guan Eng Gelar Rakyat Sarawak Pengemis

15/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah menghina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd