• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

393 Sampel Darah Negatif Virus Zika

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua 393 sampel darah pesakit yang diuji untuk mengesan virus Zika menunjukkan keputusan negatif setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pemantauan kementerian melalui survelan makmal berterusan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari Jun 2015 sehingga 10 Feb 2016 mendapati kesemua sampel darah itu menunjukkan gejala denggi tetapi negatif bagi Ujian NS 1 yang bertujuan mengesan virus Zika.

Pada masa ini, katanya, tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat virus Zika.

Kementerian Kesihatan juga mengambil langkah proaktif bagi membendung penularan virus Zika ke negara ini termasuk melakukan pengawasan rapi terutamanya di pintu-pintu masuk antarabangsa, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Pelawat-pelawat yang tiba dari negara-negara yang dijangkiti virus Zika akan diberikan Kad Amaran Kesihatan dan tindakan perlu diambil sekiranya mengalami gejala dan tanda jangkitan Zika selepas kembali dari negara itu dalam tempoh seminggu,” jelasnya.

Dr Noor Hisham juga menyarankan orang ramai supaya melaksanakan langkah-langkah pencegahan terutamanya memastikan persekitaran yang bersih dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes, dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan repelan.

“Sekiranya menghidap gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis dalam tempoh tujuh hari setelah kembali dari 33 negara yang dijangkiti virus Zika, segeralah mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital,” katanya.

Penularan jangkitan virus Zika yang merebak secara pantas di beberapa negara terutama di rantau Amerika telah mencetuskan kebimbangan majoriti penduduk dunia.

Menurut maklumat terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 33 negara telah melaporkan jangkitan virus Zika dari Januari 2014 hingga 5 Feb 2016.

Antara negara yang disahkan terbabit dengan virus itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Curacao, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, Guiana Perancis, Guadaloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Surinam, Virgin Islands (Amerika Syarikat) dan Venezuela. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]WW1ynQS7WCs[/wpdevart_youtube]

Tags: virus zika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd