• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Rumah Musnah Terbakar Di Kuala Perlis

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sebanyak 20 buah rumah panjang musnah dalam kebakaran di Taman Pelangi, Kuala Perlis di sini petang tadi, melibatkan lebih 60 penghuni.

Pengarah Bomba Perlis Fadzil Haron berkata kejadian itu merupakan terbesar tahun ini, dan kesemua mangsa adalah mereka yang pernah terlibat dalam insiden kebakaran besar di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis pada 2004.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.18 petang dan tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke deretan rumah lain pada 6.15 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan kehilangan nyawa, hanya dua mangsa cedera ringan di kepala akibat dihempap kayu ketika cuba menyelamatkan barangan rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Fadzil berkata operasi memadamkan kebakaran itu melibatkan tujuh jentera dari Balai Bomba Kangar, Kuala Perlis, Simpang Empat dan Arau serta 31 anggota, sementara punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Anggota Parlimen Arau, turut melawat lokasi kejadian.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fzLkjgEkoVk[/wpdevart_youtube]

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd