Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Hanya Malaysia Laksana Moratorium...

KUALA LUMPUR - Malaysia ialah satu-satunya negara yang melaksanakan moratorium secara automatik selama...

‘Awek Cendol’ Dapat Banyak...

KERANA video 'manja' yang ingin makan cendol, Nija atau lebih dikenali sebagai Awek...

Covid-19: Arab Saudi Minta...

RIYADH - Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan...

Azri AF Didakwa Celup...

SEPANJANG dua tahun pasangan Azri AF9 dan Selma Mentor mendirikan rumah tangga, tiada...

198 Notis Di Kawasan Larangan Merokok

IPOH – Jabatan Kesihatan Perak mengeluarkan 198 notis membabitkan kompaun berjumlah RM49,500 kepada orang ramai yang merokok di kawasan larangan merokok di seluruh negeri ini dalam operasi pada Jumaat dan semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Juita Ghazalie berkata daripada jumlah itu sebanyak 104 notis dikeluarkan terhadap individu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), 51 notis di hentian pengangkutan awam, 30 notis di stesen minyak bersebelahan R&R dan 13 notis kepada orang belum dewasa.

Katanya notis itu dikeluarkan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan setiap kompaun RM250 itu perlu dibayar dalam tempoh 30 hari di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dan kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan mahkamah.

“Sekiranya pesalah gagal membayar dalam tempoh 30 hari, tindakan mahkamah akan diambil. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dr Juita berkata sebanyak 64 premis telah diperiksa dalam operasi yang dijalankan serentak di semua daerah negeri ini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan penglibatan 145 pegawai penguat kuasa kesihatan dan Polis Diraja Malaysia.

“Kepada pemilik atau pihak yang bertanggungjawab terhadap mana-mana premis atau kenderaan awam seperti bas ekspres bertanggungjawab menyediakan tanda larangan merokok yang mencukupi dan jelas serta memastikan tiada individu merokok di premis masing-masing,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]T-HOKsrc0As[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori