PELAKON Bollywood, Sanjay Dutt atau nama sebenarnya Sanjay Balraj Dutt, 56, akhirnya bebas setelah menjalani hukuman 5 tahun penjara kerana bersalah memiliki senjata api.
Senjata api itu dibekalkan oleh samseng yang didakwa mendalangi serangan bom di Mumbai, India pada 1993.
Sanjay dibebaskan lebih awal dari tarikh sepatutnya, pada 25 Februari lalu, di bandar barat India, Pune atas alasan mahkamah mendapati beliau berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman.

Sanjay yang dinantikan ramai orang termasuk pihak media dan peminat sebaik sahaja keluar dari Penjara Pusat Yerwada, segera berlalu dengan kenderaannya.
“Saya berada di sini atas sokongan peminat. Tiada jalan mudah dalam hidup,” katanya kepada pihak media, di luar lapangan terbang Pune.
Sunjay asalnya dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara setelah didapati bersalah oleh mahkamah memiliki senjata api yang dibekalkan ketua mafia, yang mendalangi serangan bom yang telah membunuh 257 orang.
Beliau dipenjarakan selama 18 bulan sebelum diikat jamin pada 2007 untuk proses rayuan. Pada 2013 Mahkamah Tinggi mengekalkan hukumannya tetapi dikurangkan dari 6 tahun kepada 5 tahun.
Sunjay bagaimanapun tetap bertegas, tujuan dia memiliki senjata api bertujuan untuk melindungi keluarganya di Mumbai setelah berlaku insiden serangan.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HVEJXqKC8as]

