Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Ditetak Majikan...

MALANG menimpa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang berkhidmat sebagai pembantu rumah...

Video: Berang Suami Curang,...

SEBUAH video yang memaparkan aksi dramatik dua orang wanita bertindak ganas memecahkan cermin...

Sistem Efisien Bantu Warga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengadakan kerjasama dengan Bangladesh bagi...

Bina Pusat Kesihatan Sementara...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan mendirikan sebanyak 11 khemah sementara di beberapa...

4,000 Sertai Larian Hari Wilayah Persekutuan KL Ambank 2016

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,000 peserta hari ini menyertai acara Larian Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur AmBank 2016 yang bertujuan memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum, selain membudayakan cara hidup sihat.

Program edisi kedua anjuran Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan melalui penaja utamanya, Kumpulan AmBank diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan yang melepaskan peserta pada 7.30 pagi, berkata acara itu bukan sekadar larian, tetapi dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Turut hadir ialah Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki (12km), Terbuka Wanita (12km), Lelaki Junior Veteran (12km), Lelaki Senior Veteran (7km), Wanita Veteran (7km), Lelaki Junior (7km), Wanita Junior (7km) dan acara berkeluarga (3km).

Keseluruhan hadiah wang tunai ditawarkan berjumlah RM10,200. Peserta turut menerima pingat, baju, e-sijil dan beg cenderamata.


Terbuka Lelaki dimenangi R. Thevan yang berjaya meghabiskan larian dalam 39 minit 56 saat ; Terbuka Wanita dimenangi S. Sheela (47:19), Lelaki Junior Veteran, A. Vadveelu (42:51) ; Lelaki Senior Veteran, Khir Salleh (27:38); Wanita Veteran, Yuan Yutang (33:03); Lelaki Junior, M. Vishnu (26:03) dan Wanita Junior, Nurashammeza Mohd Shamsul (32:16).

Seorang peserta, S. Vanitha, 45, berkata dia teruja dapat melibatkan diri bersama ahli keluarganya yang terdiri daripada suami dan tiga orang anaknya.

“Dapat menikmati suasana semulajadi bersama-sama keluarga dan dapat berkenalan dengan orang lain semasa acara larian merupakan peluang berharga bagi kami. Orang ramai patut membawa keluarga mereka untuk menyertai aktiviti kecergasan sebegini,” kata suri rumah itu.

Anak perempuannya, S. Keisha, 11, berkata walaupun berasa letih tetapi berasa seronok dapat menghabiskan lariannya yang sejauh 3km.

“Ia lebih menyeronokkan kerana saya menyertainya bersama-sama keluarga dan kami berhasrat untuk menyertai lebih banyak aktiviti seperti ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori