• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asap Berkepul-Kepul, Hutan Batu Caves Terbakar

oleh AK-47
26/02/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAWASAN hutan di Batu Caves, Selangor dilaporkan terbakar pagi Jumaat melibatkan bukit batu kapur setinggi 60 meter.

Api dilaporkan marak melibatkan kira-kira 10 hektar kawasan terjejas dan asap tebal sehingga dapat dilihat di sekitar Gombak dan kawasan berdekatan.

Sehingga pukul 8.20 malam ini, operasi pemadaman giat dijalankan pasukan bomba dan penyelamat yang melibatkan beberapa unit jentera dari balai Selayang, Rawang dan Gombak Selatan.

bakor2

bakor5

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 10.42 pagi.

“Sejumlah 20 anggota dan pegawai serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan terlibat dalam operasi.

“Jentera pertama tiba pada pukul 10.50 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi dan sehingga kini, kerja pemadaman masih giat dilakukan untuk mengawal kebakaran,” katanya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Menurut Azrul juga, kawasan kebakaran adalah satu kilometer dari kuil Sri Subramaniyar namun tidak melibatkan pengguna jalan raya yang menggunakan lebuh raya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)

Katanya, khidmat bantuan dari udara mungkin digunakan bagi memantau keadaan dari angkasa ‎disebabkan kebakaran berlaku di kawasan berbukit yang cukup luas.

Punca kejadian masih lagi disiasat dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan faktor cuaca panas menyumbang kepada berlakunya kebakaran. – MYNEWSHUB.CCC

Tags: GOMBAKKebakaran hutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd