• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Kecam Cadangan Ku Nan Anjur Lumba Rempit ‘Halal’

oleh AK-47
25/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CADANGAN Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan penutupan jalan raya di Kuala Lumpur bagi membenarkan perlumbaan ‘mat rempit’ pada waktu malam nyata mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.

Majoriti pengguna media sosial mengecam cadangan Tengku Adnan yang disifatkan sebagai mempromosi budaya tidak sihat selain mengundang bahaya.

Pengguna Facebook, Muhammad Syafiq Azizan mengecam cadangan menteri itu sebagai cuba menggalakkan perlumbaan membahayakan yang boleh membawa pelbagai masalah sosial lain.

“Jangan samakan ‘Mat Moto’ dengan ‘Mat Rempit’. Mat Moto tak minat race (berlumba). Mat Rempit hanya minat race secara haram dan tak minat ciri-ciri keselamatan untuk cabaran sebenar.

“Idea nak menghalalkan race jalanan ini akan menggalakkan masalah seperti perjudian haram, pengubahsuaian haram, kecederaan haram dan pokai haram. Jangan menghalalkan benda haram!!!” tegasnya.

rempitttt

Sementara itu, Muhammad Irfan dalam komennya berkata, cadangan kurang arif oleh Tengku Adnan ini akan menyebabkan golongan tersebut lebih berminat untuk bersuka ria dan mengabaikan pelajaran.

“Aku rider juga. Tapi ini cadangan tidak bagus. Menggalakkan budak-budak rempit bodoh buat perangai… Patutlah ramai budak-budak malas belajar sekarang nak main motor je. Salah satu sebab kerana movie Melayu rempit bodoh,” ujarnya lagi.

lumba_halal_2222

lumba_halal_1

Tengku Adnan sebelum ini mengatakan pihaknya sedang berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkenaan perlaksanaan program ‘mat motor’ untuk berlumba di jalan raya secara sah.

“Mungkin kita akan buat sekali atau dua dalam seminggu, pada hari tersebut, kita rancang hari tanpa kenderaan tetapi untuk Mat Motor berlumba pada waktu malam.

“Kita akan kawal situasi, memahami bahawa ia merupakan hiburan untuk mereka,” katanya kepada pemberita pada Isnin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mat RempitMenterisosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd