• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Bashah Mahu Nilai Projek Negeri Ikut Keutamaan

oleh Ahmad Albab
22/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau akan menilai semula beberapa projek dalam perancangan kerajaan negeri bagi melihat keutamaannya.

Antara projek yang terlibat ialah cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP), pembangunan Bandar Raya Getah, projek Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT), Pusat Industri Minyak dan Gas di Jerlun serta Bandaraya Alor Setar Hub Metropolis.

Beliau turut berjanji akan membina sebuah Kompleks Litar Lumba Motor untuk anak-anak muda dalam tempoh dua tahun ini.

Apa pun, katanya, beliau mahu projek yang dirancang mendapat kerjasama kerajaan pusat.

“Apa juga perancangan mesti dapat persetujuan kerajaan persekutuan kerana mana mungkin Kedah bergerak sendiri kita akan pastikan bahawa Kedah kerjasama dengan kerajaan pusat, itu lebih mudah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah mahu semua anggota exco yang baru dilantik, bermuafakat dan bekerja keras bagi memenuhi manifesto Barisan Nasional dalam tempoh berbaki sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Yang penting sekali saya nak pastikan apa juga peranan Exco mesti beri tumpuan dalam memenuhi janji-janji manifesto BN semasa menghadapi PRU-13 lalu.

“Saya percaya mereka boleh jalankan tugas dan tanggungjawab. Ini amanah yang kita pikul dalam tanggungjawab portfolio masing-masing,” katanya

Ahmad Bashah hari ini mengekalkan barisan exco di bawah pentadbiran sebelum ini. Kesemua sembilan anggota exco telah mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pagi tadi.

Mengenai anggota exco baharu, Ahmad Bashah berkata beliau telah pun bertemu dengan kesemua exco sebelum dilantik, dan mereka berjanji untuk terus memberi komitmen dan kerjasama kepada beliau.

Jelasnya, beliau mahu setiap anggota exco mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan dinilai dari semasa ke semasa oleh beliau sendiri.

“Saya akan buat penilaian tiga bulan sekali dan lihat dari semasa ke semasa pencapaian dan prestasi mereka,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]nBVcyOap5ps[/wpdevart_youtube]

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APMM Labuan Hantar Pesakit Ke Sabah Jalani Pembedahan Kecemasan

Next Post

6 Ditahan, Kereta Curi Bernilai RM1 Juta Ditemui Semula

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

Next Post

6 Ditahan, Kereta Curi Bernilai RM1 Juta Ditemui Semula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd