• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Bunuh Isteri: Mahkamah Rayuan Kekal Pembebasan Norazman

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan seorang bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat terhadap tuduhan membunuh isterinya Nur Syaleza Jaffar yang merupakan seorang eksekutif pentadbiran TV9.

Tiga panel hakim, diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara menolak rayuan pendakwa raya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Mei tahun lepas yang membebaskan Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah daripada tuduhan membunuh isterinya.

Dalam keputusannya, Tengku Maimun berkata hakim tidak khilaf dalam keputusan membebaskan Norazman Bashah dan tidak ada asas yang kukuh untuk panel itu campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Dua hakim yang bersidang di panel itu ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamardin Hashim.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman telah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi dan juga mempertimbangkan asas siasatan di tempat kejadian.

Norazman Bashah, 34, kelihatan tenang sewaktu keputusan mahkamah diumumkan.

Beliau yang berpakaian kemeja T berwarna putih kemudiannya dilihat meluru memeluk ahli keluarganya yang hadir di mahkamah.

Norazman Bashah, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di Apartmen Saujana di Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Dia telah dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Nur Syaleza ditemui tergantung di dalam bilik apartmen itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurshafini Mustafha memberitahu pemberita bahawa beliau akan mendapatkan arahan lanjut sama ada untuk merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Turut mewakili pendakwaan ialah Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar manakala peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan mewakili Norazman Bashah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sNbJUdfSixI[/wpdevart_youtube]

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd