• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Cekap Sampaikan Maklumat – Annuar Musa

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Barisan kepimpinan dan anggota UMNO perlu cekap menyampaikan maklumat supaya jasa serta kebaikan dilakukan untuk rakyat tidak terselindung, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya mentadbir dengan baik serta melakukan pelbagai kemajuan, tetapi ia bagaikan tenggelam kerana fitnah terancang serta tersusun oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“UMNO perlu bekerja. Kenapa kita (UMNO) hendak sembunyikan beratus kebaikan yang telah UMNO lakukan. Perlu beritahu, uar-uarkan, jelaskan. Jangan salahkan rakyat kalau kita tak reti nak beri penjelasan.

“Rakyat di luar sana adalah rakyat yang bijak. Mereka hendak mendengar tetapi kalau kita tidak memberi maklumat yang cukup, kita tidak boleh salahkan rakyat, kena salahkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Penerangan UMNO Bahagian dan Sayap di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Ditanya bagaimana barisan penerangan UMNO akan mengatasi masalah penyampaian maklumat tersebut, Annuar berkata “penyebaran maklumat adalah sesuatu yang dinamik, bergantung kepada perubahan masa”.

“Kini teknologi telah meluas dan orang ramai mula bercakap dengan ‘satu jari’ (maklumat di hujung jari). Momentum telah berlainan, jadi kita (UMNO) kena buat penilaian bahawa mungkin kita lambat membuat perubahan. Kita lambat nak memanfaatkan penggunaan teknologi dan media baharu.

“Sebab itu kita mesti membuat pembetulan. Ada perancangan yang telah dan sedang dibuat tetapi ia tidak cukup dan ia perlu diperbaiki lagi,” katanya.

Selain penggunaan teknologi, katanya beliau masih menitikberatkan kaedah permuafakatan dalan kalangan anggota dan kepimpinan serta mengambil pendekatan positif terhadap setiap kritikan.

Katanya kritikan bagaikan ‘wake-up call’ untuk terus bekerja dan memberi penerangan dengan lebih baik.

“UMNO boleh perbaiki prestasi untuk meyakinkan rakyat walau apa jua tohmahan. Apa yang dikhuatirkan ialah kebaikan kita terlindung kerana ketidakcekapan kita menyampaikan maklumat.

“Maka kita tidak boleh ambil mudah, kena terima bahawa cabaran telah berubah dan di luar sana keadaan telah berubah,” katanya.

Annuar yang juga Pengerusi MARA berkata pembangkang kerap mengambil satu contoh kecil untuk memburukkan ribuan kebaikan kerajaan demi agenda politik mereka.

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) ambil seorang budak yang tidak memperoleh biasiswa di Universiti Kuala Lumpur, buat video budak ini, viralkan dan kemudian orang ramai anggap MARA sudah membekukan biasiswa.

“Maka orang marah kerana anggap MARA sudah hilang duit kerana membeli hartanah di Australia. Ia hanya persepsi, hanya kerana seorang dan mereka terlupa bahawa sebenarnya MARA telah menaja 75,000 pelajar Bumiputera dengan perbelanjaan RM2 bilion setahun,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]–RIcY8Haoc[/wpdevart_youtube]

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd