• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelumba Sensasi Anuar Manan Ketuai TSG Ke LTDL

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pelumba sensasi Anuar Manan akan mengetuai pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) di kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) bermula 24 Feb ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata TSG telah menyenaraikan seramai enam pelumba termasuk Anuar untuk membawa cabaran TSG di kejohanan dua minggu itu.

“Kita beri penghormatan kepada Anuar untuk mengepalai pasukan TSG kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan di peringkat antarabangsa berbanding pelumba lain.

“Lagipun Anuar lebih senior dan yang diharapkan dapat membimbing pelumba lain dalam pasukan TSG itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lima lagi pelumba TSG ialah Mohd Shahrul Mat Amin, Muhammad Adiq Husainie Othman, Mohd Nur Fakharuddin Marzuki dan pelumba import dari Singapura Goh Choon Huat.

Menurut Ahmad Farhan, pada awalnya TSG merancang untuk menghantar pelumba import, namun memutuskan pada saat akhir supaya melibatkan pelumba tempatan.

Katanya, kesemua pelumba import dihantar ke perlumbaan Jelajah Filipina iaitu Daniel Whitehouse (New Zealand), Dadi Suryadi (Indonesia) dan Mara-erdene Butmonkh (Mongolia).

Beliau berkata untuk kejohanan LTdL tahun ini, TSG telah membuat perancangan rapi dengan mengadakan latihan intensif dua minggu di Chiang Mai, Thailand dan 10 hari lagi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk memantapkan pelumba.

“Laluan yang kita lalui semasa latihan hampir sama laluan yang kita akan hadapi di LTdL nanti,” katanya.

Katanya dari segi kecergasan, pelumba TSG kini berada dalam keadaan terbaik setelah dilatih, jurulatih Adam Szabo, bekas jurulatih pasukan lumba basikal kebangsaan Slovakia.

Beliau berharap pada tahun ini TSG mendapat kejayaan lebih cemerlang dalam kejohanan sebanyak lapan peringkat bermula dari Kuala Perlis dan berakhir di Melaka itu. – BERNAMA

Tags: Anuar Manan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Buru Emas Pada Sukan SEA 2017

31/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelumba elit lebuh raya negara, Anuar Manan mengintai kilauan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017...

Penantian Anuar Manan Selama Empat Tahun Berakhir

11/12/2015
0

PUTRAJAYA - Pelumba pecut negara, Annuar Manan menamatkan penantian selama empat tahun apabila memenangi perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2015 (JM2015)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd