• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penantian Anuar Manan Selama Empat Tahun Berakhir

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelumba pecut negara, Annuar Manan menamatkan penantian selama empat tahun apabila memenangi perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2015 (JM2015) di sini hari ini.

Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu memerah segala kudrat untuk memisah daripada kelompok pelumba di saat-saat akhir dengan melakukan pecutan sehingga ke garisan penamat.

Perlumba veteran berusia 29 tahun itu menamatkan saingan peringkat ketiga sejauh 103.3km dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya dengan catatan masa dua jam 14 minit dan 58 saat.

Pelumba Korea Selatan, Park Sung Baek daripada pasukan KSPO dan rakan sepasukan Anuar, Mohd Harrif Saleh masing-masing menghuni tempat kedua dan ketiga.

“Strategi pasukan untuk memenangi peringkat perlumbaan hari ini membuahkan hasil dan selepas proses pemulihan daripada kecederaan selepas beberapa tahun, akhirnya saya gembira dapat memenangi satu peringkat perlumbaan,” kata Anuar.

Kemenangan itu merupakan kali ke-10 peringkat perlumbaan dalam siri Jelajah Malaysia selepas kali terakhir menjuarai peringkat keempat pada edisi 2011.

Anuar mula menjuarai peringkat perlumbaan apabila merangkul dua peringkat pada 2007 dan pencapaian terbaik dalam siri jelajah tersebut ialah pada tahun 2008 dan 2009 apabila masing-masing menjuarai tiga peringkat perlumbaan.

Sementara itu, pelumba Sepanyol, Francisco Mancebo mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi biru sebagai pendahulu kategori Raja Pecut.

Pelumba pasukan Skydive Dubai Pro Cycling Team itu mendahului saingan dengan mengumpul jumlah catatan masa enam jam 6 minit dan 24 saat.

“Tidak akan pandang ke belakang selepas ini dan pasukan saya akan membantu saya mengekalkan jersi kuning. Saya tidak kisah jika terlepas jersi biru. Esok satu lagi saingan yang sukar dan perlu berwaspada dengan pelumba lain,” kata pelumba veteran berusia 39 tahun itu.

Bagaimanapun, peringkat ketiga perlumbaan hari ini tidak mengubahkan kedudukan jersi merah dan putih apabila jersi merah masih menjadi milik pelumba TSG, Nur Amirul Marzuki dan jersi putih oleh pelumba kebangsaan Korea Selatan, Kim Okcheol.

“Biarpun tidak mengumpul sebarang mata dalam zon pendakian di Salak Tinggi, tetapi rakan sepasukan membantu saya untuk mengekalkan jersi merah.

“Esok, saya akan cuba menambah mata di zon pendakian dengan menakluk zon pendakian pertama,” kata Nur Amirul.

Perlumbaan peringkat keempat esok sejauah 115.3km akan bermula dari Berjaya Times Square di Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya dengan dua zon pecutan di Ampang dan Semenyih manakala tiga zon pendakian di Ampang Look Out Point, Singai Tekali dan Bangi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]n08HFG40FbY[/wpdevart_youtube]

Tags: Anuar Manan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Buru Emas Pada Sukan SEA 2017

31/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelumba elit lebuh raya negara, Anuar Manan mengintai kilauan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017...

Pelumba Sensasi Anuar Manan Ketuai TSG Ke LTDL

18/02/2016
0

KUALA TERENGGANU - Pelumba sensasi Anuar Manan akan mengetuai pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) di kejohanan lumba basikal Le...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd