• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sertai Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN Dihoskan Obama

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNNYLANDS (California) – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Asia Tenggara menyertai Presiden Barack Obama di Sidang Kemuncak AS-ASEAN selama dua hari yang sedang berlangsung di sini.

Tumpuan pemimpin pada perhimpunan Isnin ini (Selasa di Malaysia) adalah bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi ASEAN menerusi inovasi dan keusahawanan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Najib semasa perbincangan mengenai ekonomi.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2015, menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ketiga di Kuala Lumpur, November tahun lepas.

Semasa di Kuala Lumpur, Presiden Obama telah menjemput pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN itu untuk mengadakan pertemuan di bumi Amerika Syarikat buat kali pertama.

ASEAN terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Obama dan pemimpin ASEAN dijadualkan menghadiri majlis makan malam di Sunnylands, sebuah estet seluas 90 hektar di Rancho Mirage yang merupakan lokasi sidang kemuncak itu, di mana mereka akan meneruskan perbincangan.

Mereka dijangka membincangkan secara mendalam isu berkaitan politik dan keselamatan termasuk memerangi keganasan, maritim dan isu rentas negara pada Selasa (Rabu di Malaysia). – BERNAMA

Tags: Barack ObamaNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

19/04/2023
0

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd