• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amalan Pengurusan Baik Mampu Beri Hasil Optimum

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YALA, (Selatan Thailand) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah amalan pengurusan baik yang menekankan komunikasi berkesan, bijak teknologi dan kepimpinan inovatif berupaya memberikan hasil optimum tanpa pembaziran di luar jangkaan.

Menurut baginda amalan pengurusan baik berasaskan ketiga-tiga aspek tersebut dalam kehidupan seharian telah menjadi keperluan dalam perkembangan semasa.

“Komunikasi berkesan yang ditekankan oleh pakar-pakar pengurusan sering menjadi faktor penentu bagi menjamin kejayaan seseorang sama ada dia berada dalam kategori tertinggi atau bawah.

“Jadi, setiap mereka mesti berkemampuan menyampaikan pandangan atau pendapat kerana ia memberi kesan terhadap sesebuah organisasi untuk berkembang maju,” titah baginda selepas berkenan menerima anugerah Doktor Falsafah Pengurusan Sains oleh Universiti Yala Rajabhat (YRU) pada konvokesyen khas di YRU di sini, hari ini.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkenan menerima ijazah tersebut yang dipersembahkan oleh Pengerusi Dewan Senat YRU, Prof Madya Dr Shuangshod Phantuwaed.

Berangkat sama pada konvokesyen itu ialah Raja Puan Muda Perlis Hajah Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Khairi Hassan mewakili kerajaan negeri pada konvokesyen itu.

Penganugerahan itu turut disaksikan Presiden YRU, Asisten Profesor Dr Sombat Yothathip, pegawai-pegawai kanan YRU, Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin serta Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Mohamad Mizan Mohamad Aslam.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah komunikasi berkesan membantu pembinaan hubungan positif antara pihak-pihak terbabit khususnya majikan dengan pekerja.

Selain itu kegunaan teknologi lebih menonjol dalam dunia hari ini perlu dipastikan agar ia digunakan secara bijak dan produktif untuk mencapai matlamat yang disasarkan, titah baginda.

Menurut baginda lagi terdapat kajian merumuskan bahawa pengurusan yang lemah dan semangat berlebihan untuk menggunakan teknologi dalam pengurusan boleh menyebabkan pembaziran sumber dan mungkin memberi kesan buruk kepada manusia.

“Tinjauan juga mendapati pekerja hanya bawa 50 hingga 55 peratus kebolehan mereka ke tempat kerja selain kecenderungan mengaitkan prestasi kerja berkisar pada ketaatan, ketekunan dan komitmen sahaja,” tambah baginda.

Mengenai kepimpinan inovatif Tuanku syed Faizuddin bertitah pemimpin yang berinovasi mampu memanfaatkan inisiatif, kreativiti dan minat yang menjurus kepada pencapaian hasil lebih tinggi.

Dalam aspek agama, baginda bertitah Islam mengajar nilai-nilai baik dan positif malah asas seorang Muslim adalah menguruskan kehidupan seharian dengan teratur seperti solat lima waktu sehari, berpuasa dan menunaikan fardu haji.

Tuanku Syed Faizuddin mengucapkan terima kasih kepada YRU atas penganugerahan itu sambil berharap hubungan Malaysia dan Thailand khususnya Perlis dan Yala lebih kukuh dan mantap lebih-lebih lagi mempunyai hubungan sejarah antara Yala dan Malaysia.

YRU bermula sebagai Kolej Perguruan pada awal 1960-an dan dinaik taraf menjadi universiti pada 1995 dan menwarkan pelbagai bidang kursus yang memainkan peranan pembangunan komuniti khusus untuk wilayah sempadan selatan Thailand. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Dalam Gempa Bumi

Next Post

Adenan Gesa Penduduk Kampung Berpindah

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

Next Post

Adenan Gesa Penduduk Kampung Berpindah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd