• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Pandu Tren Dari Stesen JB Sentral Ke Segamat

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan meluangkan masa memandu tren sewaan khas dari stesen JB Sentral ke Segamat.

Ini merupakan kali kesembilan baginda memandu kereta api setelah kali terakhir pada 28 Julai 2013 dari stesen Segamat ke JB Sentral.

Sultan Ibrahim memandu tren itu dengan diiringi oleh dua pemandu lokomotif Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Mohd Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.

Kedua-dua pemandu tersebut mempunyai pengalaman antara 10 hingga 20 tahun memandu kereta api KTMB.

Terlebih dahulu, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin membacakan doa sebelum tren yang dipandu Sultan Johor itu memulakan perjalanan.

Kereta api berkenaan memulakan perjalanan dari JB Sentral kira-kira 9.45 pagi dan dijangka tiba di Stesen KTMB Segamat pada kira-kira 2.45 petang.

Baginda akan memandu tren sejauh 180 kilometer.

Perjalanan yang melalui lapan stesen KTMB itu membabitkan tren enam gerabak yang mengambil masa kira-kira empat hingga lima jam.

Sepanjang perjalanan, baginda difahamkan mahu meninjau keadaan kebersihan dan kemudahan pengangkutan di laluan rel demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Baginda memiliki lesen memandu kereta api Kelas 26 pada 28 Jun 2010. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2n2ymaGusy8[/wpdevart_youtube]

Tags: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelantan Sekadar Seri: Annuar Kritik, Dr. Vida Puji

Next Post

Hanya Lori Paka Dibenar Angkut Bauksit – Tiong Lai

Related Posts

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

18/05/2023
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat...

Penderitaan Pemandu Bas Dapat Perhatian Istana Johor

10/09/2021
0

JOHOR BAHRU - Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan mereka mendapat perhatian Sultan...

Next Post

Hanya Lori Paka Dibenar Angkut Bauksit - Tiong Lai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd