• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Sumbangsih: Kemenangan JDT Dipalit Kontroversi

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Selangor malam tadi melalui penentuan sepakan penalti terpalit dengan kontroversi.

Beberapa media propembangkang dalam laporan mereka mempersoalkan kegagalan pemain pertahanan Selangor, Mohd. Azrif Nasrulhaq menjaringkan sepakan penalti sebagai punca Selangor terpaksa berputih mata.

“Keputusan seri 1-1 berlarutan ke saingan penalti demi menentukan pemenang Piala Sumbangsih 2016. Kemudian kemenangan pun memihak kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan 6-5.

“Pemain yang bertanggungjawab memberikan kemenangan pula tidak lain adalah Mohd. Azrif yang pernah mencetuskan ‘ketegangan’ antara Selangor dan JDT suatu ketika dulu,” lapor media terbabit.

Mohd. Azrif sebelum Liga Malaysia 2016 meminta Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melepaskan beliau untuk menyertai JDT kerana menerima tawaran lumayan daripada pasukan itu.

Permintaannya itu bagaimanapun ditolak oleh FAS memandangkan beliau telah pun menandatangi kontrak dengan pasukan Selangor dan didaftarkan untuk saingan musim ini.

Situasi itu menimbulkan suasana sedikit tegang diantara FAS dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Kemelut itu apabila PBNJ mengambil keputusan menarik balik kontrak yang ditawarkan kepada Mohd. Azrif.

Laporan media terbabit cuba mengaitkan tawaran yang pernah diterima Mohd. Azrif untuk menyertai JDT sebagai punca kekalahan Selangor malam tadi dikecam penyokong Harimau Selatan.

Seorang penyokong JDT memberi komen: “Jgn salah kan Azriff dia dah main cemerlang malam nie. Cuma nasib x menyebelahi dia….. Diaz pun sepak kelaut jugak huhuhuhuhu….. hakikatnya bukan mudah nak ambil penalti..”

Seorang lagi penyokong JDT berkata, “Apa la…..2 kali Farizal save penalti…2 kali player JDT sepak tak masuk…Azriff juga nak dijadikan kambing hitam.. tahun depan masuk JDT”

Tohmahan yang dilemparkan ke atas Mohd. Azrif dan JDT oleh media terbabit bagaimanapun disokong ramai penyokong Selangor.

“Makasih azrif krn tlh membuktikan rasa sayang anda kpd JDT. Semoga pengurusan Sgor fhm spya jgn paksa kalau player dh nk blah,” kata seorang penyokong Red Giant di laman Facebook.

Seorang lagi penyokong Selangor berkata, “Dia melangkah nk sepak penalti aku melangkah keluar xmau tngok…hati dia kt jdt dah…hmmmm”. - MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]-OoPvSFA4Sg[/wpdevart_youtube]

Tags: JDTPiala Sumbangsih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd