• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Novel ‘Pantai Kasih’ Terus Digunakan Sebagai Komponen Sastera

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Novel ‘Pantai Kasih’ akan terus digunakan sebagai komponen sastera (Komsas) dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar Tingkatan Empat di Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar) Kementerian Pendidikan Datuk Seri Khairil Awang berkata perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan pada 28 Jan lepas.

Beliau berkata kementerian telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan dengan pensyarah, guru cemerlang, panel penilai, penggiat bahasa dan kesusasteraan berhubung novel karya Azmah Nordin itu.

“Perbincangan memutuskan novel Pantai Kasih mempunyai elemen dari aspek keindahan bahasa, kosa kata dan tata bahasa. Novel ini turut dapat merangsang murid berfikir secara matang dan rasional dalam membuat justifikasi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Novel berkenaan hangat dibincang dan diviralkan di media sosial kerana didakwa terpalit dengan unsur lucah dan menonjolkan hubungan negatif antara doktor dan jururawat.

Khairil berkata teks ‘Pantai Kasih’ sarat dengan pelbagai isu kemanusiaan yang boleh dibincang, dihuraikan dan mengungkapkan pelbagai permasalahan serta menimbulkan kesan baik dan buruk.

Jelasnya, setiap karya yang dipilih sebagai teks Komsas melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ketat.

Bagi tujuan itu, Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa dianggotai pelbagai kaum dan agama terdiri daripada pakar dalam bidang pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, agama, psikologi dan kaunseling serta antropologi, katanya.

“Panel juga dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan dan pensyarah media,” katanya.

Khairil berkata penggunaan novel ‘Pantai Kasih’ sebagai novel Komsas Tingkatan Empat sudah memasuki tahun kedua.

Selain ‘Pantai Kasih’, tiga lagi novel dipilih sebagai Komsas pelajar Tingkatan Empat mengikut zon iaitu ‘Jendela Menghadap Jalan’ bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak; novel ‘Leftenan Adnan Wira Bangsa’ bagi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan; serta novel ‘Di Sebalik Dinara’ untuk Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]QxokpsmfOqw[/wpdevart_youtube]

Tags: novel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NovelPlus Catat Premium 10 Sen Diawal Dagangannya

02/07/2021
0

KUALA LUMPUR - NovelPlus Technology Bhd (NTB atau Kumpulan), berjaya meraih premium 10 sen di awaldagangan sahamnya hari ini. NTB...

“Kami Bukan Tunggul” – Anak Usman Awang

30/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Anak Allahyarham Usman Awang, Haslina menegaskan pihaknya bukan tunggul berkaitan isu paparan gambar individu lain pada kulit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd