• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM1.2 Bilion Bina Rumah Keluarga Angkatan Tentera

oleh Ahmad Albab
11/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi pembinaan 4,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di 11 lokasi di seluruh negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pelan pelaksanaan pertama bagi tahun 2016 berjumlah RM160 juta.

Katanya daripada 4,000 unit RKAT itu, sebanyak 917 unit melibatkan pembinaan di lima lokasi di Sarawak.

“Lima lokasi itu ialah di Kem Sri Miri Fasa 1 sebanyak 139 unit, Kem Sri Miri Fasa 2 (114 unit), Kem Pakit di Sri Aman (254 unit), Kem Batu 10 di Sibu (156 unit) dan Kem Semenggo di Kuching (254 unit).

“Pembinaan 917 unit RKAT ini adalah berjumlah RM320 juta dan melibatkan RM63 juta daripada pelan pelaksanaan 2016 yang berjumlah RM160 juta,” katanya semasa berucap pada majlis Perjumpaan Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Penrissen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata pada masa yang sama, sebanyak RM18.357 juta turut diperuntukkan untuk projek senggaraan RKAT di seluruh negara.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak RM570,000 diperuntukkan untuk senggaraan tiga blok kelas G RKAT di Kem Penrissen.

“Di samping itu, di bawah program My Beautiful Malaysia 2016 dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), peruntukan sebanyak RM3.57 juta telah disalurkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membaik pulih dan menyelenggara kuarters milik ATM di seluruh Sarawak.

“Sejumlah 60 unit rumah di Kem Penrissen terlibat dalam program ini,” katanya.

Hishammuddin berkata selain RKAT, Kementerian Pertahanan akan menaik taraf Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) di Kem Penrissen kepada sebuah Poliklinik dengan melibatkan kos penaiktarafan berjumlah RM35 juta.

“Penaiktarafan kemudahan kesihatan ini diharap dapat menampung seramai 25,000 orang pesakit selain memberikan perkhidmatan kesihatan dalam suasana yang lebih baik untuk para anggota dan keluarga serta pesara tentera di Sarawak amnya dan juga Kem Penrissen khasnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: HishammuddinTentera
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FAM Akan Wujud Jabatan Bola Sepak Wanita – Hamidin

Next Post

Peguam Negara Akan Kemuka Bantahan Permohonan Khairuddin

Related Posts

PRK Mahkota: Tentera, Polis Tunai Kewajipan Esok

PRK Mahkota: Tentera, Polis Tunai Kewajipan Esok

23/09/2024
0

KLUANG - Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Dua Tentera Cedera Bergaduh Akibat Salah Faham

Dua Tentera Cedera Bergaduh Akibat Salah Faham

14/05/2024
0

Temerloh : Dua anggota tentera cedera selepas terbabit dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada salah faham di Kem Tentera Batu...

Next Post

Peguam Negara Akan Kemuka Bantahan Permohonan Khairuddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd