Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Projek Kereta Nasional Baharu...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan hasrat Perdana...

Isu Anwar: KJ Balas...

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kritikan...

3 Maut, 3 Parah...

PAPAR - Tiga maut manakala tiga parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan...

PTPTN Hubungi 6 Agensi...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama dengan enam agensi...

Pengusaha Restoran Nasi Kandar Maut Ditembak

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat, di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Syed Amen Jainul Abdin yang merupakan pemilik restoran nasi kandar dan kedai mencuci kenderaan ditemukan berlumuran darah dalam kereta yang dipandunya.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang memandu sendirian dari Jalan Datuk Keramat menghala ke Komtar itu telah diekori sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sebelum bertindak berhenti di hadapan kedai motosikal berkuasa tinggi,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya, sebaik berhenti, seorang daripada dua lelaki berkenaan menghampiri tingkap sebelah pemandu dan melepaskan tembakan jarak dekat ke arah mangsa yang masih berada dalam kereta.

Beliau berkata suspek melepaskan enam das tembakan dengan lima daripadanya mengenai badan, tangan dan kepala mangsa.

“Ketika kejadian terdapat dua anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) yang sedang bertugas mengawal kawasan kedai di situ dan suspek yang ternampak mereka turut bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka. Bagaimanapun tembakan tersasar, kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya Mohd Zakaria.

Menurut beliau kejadian tembakan itu berlaku terlalu pantas iaitu kurang dua minit sebelum kedua-dua suspek melarikan diri.

Katanya, motif kejadian masih disiasat dan usaha memburu mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan giat dijalankan.


“Siasatan daripada pelbagai aspek akan dijalankan termasuk mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) yang terdapat di laluan dan kawasan kejadian,” katanya menambah orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Mohd Zakaria berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, anggota Rela terlibat ketika ditemui berkata kejadian tembak berkenaan berlaku dengan pantas dan beliau hanya menyedarinya sebaik terdengar tembakan bertalu-talu.

“Kereta yang dipandu mangsa berhenti di hadapan kedai sebelum sebuah motosikal berhenti di belakangnya, kami ingat mereka saja berhenti sebelum tiba-tiba seorang daripada lelaki yang menaiki mtosikal itu melepaskan tembakan ke dalam kenderaan,” katanya yang enggan dikenali.

“Dia (suspek) yang ternampak kami turut melepaskan tembakan ke arah saya dan rakan, tapi nasib baik tidak kena,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LOe09ehO9BQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori