• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemain Argentina Independiente Sertai JDT

oleh Ahmad Albab
10/02/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemain dari kelab Argentina Independiente, Juan Martin Lucero menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pemain import baharu pasukan itu musim ini.

Beliau menggantikan Paulo Rangel yang dipindahkan ke JDT II selepas gagal menunjukkan prestasi dikehendaki oleh jurulatih Mario Gomez dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini.

Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, JDT amat bertuah kerana berjaya mendapatkan pemain itu bersaing dengan banyak kelab-kelab lain di seluruh dunia yang mahu mendapatkannya.

“Saya meminta maaf atas kelewatan pengumuman pemain import keempat kami. Kami tidak boleh mengumumkannya tanpa sebarang kertas kerja atau pengesahan.

“Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah menandatangani Lucero. Kami mempunyai banyak pilihan. Tetapi, kami percaya bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk JDT,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tunku Ismail berkata, keputusan mengambil Lucero dibuat secara bersama oleh Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, Gomez, Penolong Jurulatih Raul, ‘Scouts’ dan Ejen Kelab Martin Prest, Nasir Yusof, Luciano Figueroa dan juga ‘scouts’ lain di Argentina.

Menurutnya, JDT berpandangan Lucero adalah pemain yang paling sesuai untuk pasukan itu selain usianya yang masih muda boleh dianggap sebagai aset kepada kelab tersebut.

“Lucero masih muda dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik. Beliau merupakan antara salah seorang pemain muda Argentina yang sedang meningkat naik dan beliau juga seorang pemain yang cukup rajin.

“Beliau akan tiba pukul 12 tengah hari (hari ini) dan akan menyertai latihan pasukan pada waktu malam. Saya akan memperkenalkan beliau kepada penyokong keesokan harinya di stadium,” katanya.

Baginda dalam pada itu mengakui Harimau Selatan yang sentiasa gah dengan pemain import ternama cuba untuk menjadi “low profile” dalam mendapatkan pemain import musim ini disebabkan faktor ekonomi dunia dan kejatuhan nilai ringgit. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]gsU1I1oeB1w[/wpdevart_youtube]

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd