• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Sekolah Agama Parah Ditikam Anak Lelaki

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Rejang, Setapak di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Khariah Hashim, 49, yang merupakan guru wanita Sekolah Rendah Agama Al Amin di sini, ditemui terbaring di lantai tingkat bawah rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa yang cedera parah dengan kesan tikaman di bahagian perut selain kesan kelar di dahi, ditemui oleh dua lagi anak lelakinya yang baharu pulang dari taman permainan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata menurut mangsa, anaknya yang berusia 21 tahun telah menikam dan mencederakannya.

“Seorang lagi saksi iaitu anak lelaki mangsa berusia 14 tahun yang berada di tempat kejadian ketika insiden, menyatakan bahawa dia nampak suspek menikam mangsa,” katanya di sini, hari ini.

“Polis turut menemui sebilah pisau berukuran 45 sm di lokasi kejadian. Suspek telah melarikan diri,” katanya sambil menambah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Mohamad Roy berkata menurut ayah suspek, anaknya merupakan pesakit mental yang memegang kad psikiatri, dan tidak mengambil ubat penyakit itu sejak dua minggu lepas.

“Usaha mengesan suspek giat diteruskan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9-Eec3di_sk[/wpdevart_youtube]

Tags: tikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd