• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahagian Enjin Kereta Api Ekspres Rakyat Terbakar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kereta api Ekspres Rakyat terbakar kira-kira satu kilometer dari Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Gadut, dekat sini, petang tadi ekoran kerosakan enjin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata dalam kejadian 2.35 petang itu, seramai 310 penumpang kereta api termasuk pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Kereta api Ekspres Rakyat itu sedang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Butterworth, Pulau Pinang. Kebakaran itu berlaku akibat kerosakan enjin yang menyebabkan 80 peratus bahagian enjin dan tempat pemandu hangus.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada 2.49 petang berjaya memadam dan mengawal api 10 minit kemudian daripada merebak ke gerabak yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua penumpang telah diarahkan turun dan berjalan balik ke stesen KTMB Sungai Gadut.

Bagaimanapun, katanya pemandu kereta api mengalami cedera ringan melecur di bahagian jari.

Seramai 21 anggota melibatkan tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Senawang dan Rembau dikerah ke lokasi kejadian. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JptaQ-rksTs[/wpdevart_youtube]

Tags: kereta api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd