• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Rumah Setinggan Hangus Terbakar Di Pantai Dalam

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sembilan rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Penolong Penguasa Bomba, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Husaini Mahidin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 12.04 tengah hari tadi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Lima rumah musnah sepenuhnya, empat buah rumah terbakar kira-kira 70 peratus. Dua buah kenderaan turut terbakar. Tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Operasi memadam kebakaran itu melibatkan 42 anggota dan enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Cheras, Seputeh, Hang Tuah dan Pudu.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 1 tengah hari tadi, katanya.

Sementara itu, salah seorang mangsa Mohd Din Aziz, 48, yang bekerja sebagai kontraktor berkata dia dan keluarganya sejumlah lima orang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran itu.

“Ketika kejadian, saya sedang membaiki bumbung rumah yang bocor…tiba-tiba saya lihat api marak di rumah belakang.

“Saya kelam-kabut lantas menyuruh kakak ipar, isteri dan dua anak saya menyelamatkan diri, manakala saya hanya sempat mencapai dokumen-dokumen penting sebelum rumah hangus,” katanya yang 18 tahun menetap di situ.

Menurut Mohd Din, kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas dari rumah jirannya yang tidak berpenghuni ketika itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]a3EEbjiOPhY[/wpdevart_youtube]

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd