• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamihan Setuju Dan Pilih Tarikh Baru Debat Dengan Dr Maza

oleh AK-47
11/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT percakaran ‘manja’ antara dua ilmuan, Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin hari ini dilaporkan telah bersetuju memilih tarikh 17 Februari untuk meneruskan diskusi dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin (MAZA).

Presiden Aswaja itu dalam satu pertemuan memberitahu penganjur membenarkan Dr Asri membawa 100 orang penyokongnya, manakala Zamihan pula 50 penyokong.

“Ana (saya) baru berbincang dengan wakil Datuk Seri Shahidan Kassim dan kami bersetuju untuk adakan debat pada 17 Februari di dewan ICU Jabatan Perdana Menteri, kompleks B pada 9 malam.

“Tajuknya, Ideologi Ekstremisme Agama. Peserta VVIP, VIP dalam kalangan penjawat awam, penyokong Asri 100 orang dan penyokong Zamihan 50 orang saja.

“Formatnya, bentang hujah 20 minit, bidasan 20 minit dan soalan kepada pembentang dengan resolusi, patuhi fatwa autoriti agama, akur enakmen negeri dan jangan menuduh dan membuat tohmahan tanpa bukti,” katanya.

Manakala, Dr Maza melalui laman Facebooknya hari ini mengatakan yang beliau menerima cadangan tarikh 17 Februari itu sepertimana yang ditetapkan oleh Zamihan ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha Datuk Seri Shahidan Kassim.

Walaupun tidak mengadakan perbincangan awal mengenai tarikh yang ditetapkan dengan pihaknya terlebih dahulu, Maza dilihat akan memberikan keutamaan pada tarikh tersebut.

“DS Shahidan Kassim, in sha Allah saya hadir. Walaupun perbincangan hanya antara pihak DS dengan beliau dan saya hanya dapat pagi ini keputusan terperinci tersebut, namun in sha Allah saya cuba hadir.

“Saya akan cuba adjust jadual saya. Saya bukan hadir untuk diri saya, tetapi untuk mengelakkan kegusaran semua pihak yang dituduh dan dicerca tanpa alasan yang kukuh,” tulis Maza di pautan Facebooknya.

Zamihan sebelum ini meminta tunda tarikh debat bersama Dr Maza, disebabkan pada tarikh tersebut (10 Februari), beliau dikatakan mempunyai program bersama banduan di Penjara Machang, Kelantan.

-MYNEWSHUB.CC

Tags: debatdr.maza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd