• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Banyak Pengorbanan Dia” – Helmy Rokman

oleh AK-47
09/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKAHWINAN bukanlah sesuatu perkara ringan yang boleh dibawa mudah oleh sesiapa sahaja.

Di sinilah perlunya keserasian, kesabaran dan kesepakatan antara pasangan dan yang paling penting sikap toleransi dalam semua aspek.

Buat para suami di luar sana, ringankanlah memberi pujian buat isteri yang banyak membantu anda dalam menguruskan kehidupan selepas berkahwin, nak tau sebab apa?

Baru-baru ini, Saudara Helmy Rokman, menerusi laman Facebook Imam Muda, berkongsikan sendiri pengalamannya mengenali wanita hebat dalam satu program “Hadith : Open Mic” berkenaan isterinya yang bernama Mashitah Mohamudiah.


Hebatnya pengorbanan isteri kepada saudara… oleh mynewshub

Beliau yang juga merupakan bekas pengarah program televisyen menceritakan bagaimana kepayahan dan kesanggupan isterinya menjaga dirinya yang mengalami lumpuh cukup untuk membuat dirinya melihat wanita itu sebagai seorang yang hebat.

isteri2
Mashitah Mohamudiah sebak ketika namanya disebut Helmy.

“Tengok saya kalau dulu tak macam ni… Saya dulu pun macam orang-orang kat belakang tabir ni jugak… Tapi tiba-tiba Tuhan dah bagi kita, kena redha sahajalah.

“Saya kena ni tahun 2014… kategori lumpuh, sepanjang waktu tu saya sedar yang saya ni ada wanita hebat yang duduk dekat sebelah saya iaitu isteri saya,” katanya.

Menurut Helmy, isteri tercintanyalah menguruskan semua perkara asas dalam hidupnya tanpa mengenal erti penat dan rela berkorban atas nama kasih sayang sebagai suami dan isteri.

“Sejak hari saya kena tu, 2 Jun 2014, dialah yang uruskan semua… kalau saya uruskan sendiri memang kelam kabutlah.. Bila dia uruskan, saya tak sangka dia boleh buat semuanya tenang sahaja..

“Saya tanya dia, kenapa relaks sangat ma? dia jawab.. habis tu takkan nak kelam-kabut, kelam kabut nak pergi mana pun.. kita sama-sama dekat ini,” luah Helmy.

Menurut beliau juga, biarpun menjaga suami merupakan tanggungjawab seorang isteri tetapi diakui sukar untuk mencari wanita yang sanggup memikul tanggungjawab itu dengan bersungguh-sungguh.

Kami di Mynewshub mendoakan semoga saudara Helmy Rokman sembuh seperti sedia kala dan terus menjadi ketua keluarga yang terpuji serta kepada puan Mashitah Mohamudiah, semoga tabah dalam menempuh dugaan dan ujian dan Insya Allah dipermudahkan segala urusan.-MYNEWSHUB.CC

Tags: kekeluargaanSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd