Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Agong Terima Darjah Tertinggi...

ANKARA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima...

Penang Sentral Dijangka Dibuka...

BUTTERWORTH - Fasa pertama Penang Sentral, satu-satunya projek Pembangunan Berorientasi Transit (TOD), terletak...

Ah Long Guna Nombor...

IPOH – Pihak polis percaya Ah Long menggunakan nombor telefon penagih dan pendatang...

Penjara Ada Makan Minum,...

MUAR - Anwar Ibrahim berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha membina kekuatan...

Barangan James Bond Dalam Filem Spectre Akan Dilelong

TETAPKAN tarikh 18 Februari ini jika anda ingin memiliki barang yang pernah digunakan oleh watak James Bond kerana syarikat jualan lelong Christie akan membuat lelongan barangan dalam filem James Bond ‘Spectre’.

Ia bakal diadakan di London dan juga secara online. Paling menjadi tumpuan dalam lelongan ini adalah kereta yang dipandu oleh James Bond dalam filem tersebut, Aston Martin DB10 yang sangat rare.

Pengeluar kereta berjenama itu hanya mengeluarkan 10 unit kereta tersebut khas untuk filem Spectre dan hanya dua unit model DB10 ini yang masih dalam keadaan asal untuk tujuan display.

Menurut laman Autoblog, kereta itu dijangka berjaya dijual melebihi 1 juta pound (lebih kurang RM6 juta). Menariknya, pemenang lelongan kereta itu nanti mungkin tidak dapat memandu kereta itu di jalan raya.


Ini kerana DB10 ini tidak mempunyai sijil untuk ia selamat dipandu di jalan raya. Bukan itu saja, beberapa barangan ikonik dalam filem itu akan turut dilelong antaranya jam tangan Omega Seamaster 300

Dijangka jual pada harga antara RM91 ribu- RM121 ribu, ia dipakai Daniel Craig dalam filem tersebut selain komputer riba milik ‘Q’ dan cermin mata Tom Ford ‘Snowdon’ yang juga dipakai Craig dalam filem berkenaan.

Aston Martin DB10
Aston Martin DB10
Omega Seamaster 300
Omega Seamaster 300

JB-Q-768x513

Cermin Mata Tom Ford ‘Snowdon’
Cermin Mata Tom Ford ‘Snowdon’

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori