Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pengangkutan Akan Mohon...

BALIK PULAU: Kementerian Pengangkutan akan memohon peruntukan sebanyak RM10 juta tahun depan untuk...

Polis Terus Lakukan Carian...

KUALA LUMPUR - Anggota dan pegawai polis yang melakukan pencarian di kediaman bekas...

BNM Nasihat Berwaspada Tawaran...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan...

Kerajaan Setuju Lanjutkan Pelepasan...

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu RM8,000 bagi...

PM Arah KKM Ambil Langkah Cegah Demam Denggi, Virus Zika

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya mengambil semua langkah pencegahan bagi melindungi rakyat daripada demam denggi dan virus Zika.

Beliau mahu semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan rakyat keseluruhannya berganding bahu memerangi nyamuk Aedes, yang merupakan ejen penyebaran kedua-dua penyakit berkenaan.

“Saya sedia maklum mengenai masalah demam denggi di beberapa kawasan dalam negara, dan juga kerisauan mengenai virus Zika yang melanda banyak kawasan di rantau Amerika,” katanya dalam entri terkini blog beliau, NajibRazak.com.

Najib berkata pemantauan lebih teliti amat diperlukan memandangkan iklim negara ini sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes.

“Pucuk pangkalnya, kita perlu mencegah serta menghapuskan sumber atau vektor kepada kedua-dua wabak dan virus ini, iaitu nyamuk Aedes. Jangan beri walau sedikit ruang untuk ia membiak,” katanya.


Susulan penularan virus Zika, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan virus itu sebagai kejadian kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa (PHEIC).

“…dan sewajarnya kita memandang serius ancaman yang dibawa oleh virus Zika ini,” kata beliau.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori