• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Berang Dirakam, Pegawai JPJ Campak Telefon Pemandu

oleh AK-47
04/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak merampas dan mencampak telefon seorang pemandu dalam satu kejadian baru-baru ini, mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

Pemuat naik video, Saidatul Nieshah Azhar mendakwa bapanya telah diperlakukan secara kurang ajar selepas beliau merakam secara dekat beberapa anggota JPJ yang sedang bertugas.

“JPJ kurang ajar! Hempas henfon abah aku,” katanya di pautan video.


Berang Video Dirakam, Pegawai JPJ Campak… oleh mynewshub

Saidatul memberitahu, ketika kejadian ayahnya memaklumkan bahawa pihak JPJ telah melakukan operasi sekatan jalan tanpa menggunakan sebarang kon dan bertindak menahan kereta pengguna jalan raya mengikut sesuka hati mereka.

“Buat roadblock tak ada cone dan sesuka hati tahan orang. Mohon viralkan!” katanya.

Selepas ditahan JPJ, ayahnya mendakwa telah diberikan surat saman namun tidak didedahkan atas kesalahan apakah saman terbabit.

“Dah dekat 20 buah kereta, kereta aku saja yang ditahan tetapi kereta yang lain tidak ditahan. Dia (JPJ) kata “Encik tolong tahanlah”. Inilah pegawai dia,” katanya sebelum telefonnya dirampas dan dicampak ke tepi jalan oleh anggota JPJ terbabit.

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati ramai yang menempelak sikap perakam video yang dianggap mengganggu urusan kerja anggota JPJ dan tidak kurang juga, yang mempersoalkan kewajaran anggota terbabit bersikap kasar sebegitu kepada orang awam.

Seorang pengguna Facebook menasihatkan Saidatul agar tidak melakukan provokasi seperti merakam video anggota yang sedang bertugas dan menerangkan ‘skop’ kerja sebenar anggota pengguatkuasa.

“Awak, JPJ atau polis kalau nak buat roadblock pun bukan semua dia nak tahan. Kalau dia rasa dia nak tahan, dia tahanlah. Awak tak boleh nak kata kenapa dia tak tahan semua kereta. Lepas tu buat video nak aibkan dia pulak. Jangan cakap JPJ, semua orang pun marah kalau dah kena record sampai lubang hidung mcm tu. Kalau saya jadi awak, saya tak post video ni sebab malu lah wak,” tulis Zafira Zafir.

Sehingga kini, posting mengenai video berkenaan telah dikongsikan lebih 21,000 dan ditonton lebih 247,000 kali di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC

Tags: facebookJPJvideo viral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

Veteran DAP Chang Khim Padam Hantaran Nama Tanah Melayu?

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim berkenaan nama Tanah Melayu sudah tiada di laman Facebook beliau....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd