• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hidup Senang Bebas Hutang… Gaya Dave Ramsey

oleh Ahmad Albab
04/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Membina masa hadapan menggunakan wang adalah seperti membina rumah. Anda tidak boleh membina bumbung sehingga sudah ada tiang, dan tidak boleh bina tiang sehingga sudah ada tapaknya.

7 langkah kecil ini ditulis oleh Dave Ramsey, seorang pakar kewangan peribadi terkenal di Amerika Syarikat.

Langkah-langkah ini bukan sahaja akan membantu anda keluar daripada hutang, malah menggalakkan anda menabung dan bersedekah. Kita semua bermula dengan keupayaan berbeza. Bermulalah walau apa sahaja status kewangan anda sekarang dan berusahalah untuk mencapai tahap yang diingini.

Mengetahui ‘bagaimana’ hanya membantu anda sebanyak 20%. Perubahan tingkah laku dan disiplin berterusan akan menyumbang 80% kepada kejayaan perubahan kewangan. Anda boleh lakukannya!

1. Mulakan Dana Kecemasan Sebanyak RM1,000

Dana kecemasan adalah untuk perkara-perkara tidak dijangka berlaku. Kereta rosak, paip bocor, brek ‘tak makan’, ibu sakit atau apa-apa sahaja kecemasan, sekurang-kurangnya anda sudah ada sedikit dana untuk bantu diri sendiri. RM1000 terlalu sedikit? Tambahkan sendiri ikut keperluan anda. Tepuk dada tanya selera.

2. Selesaikan Semua Hutang Kecuali Pinjaman Perumahan

Senaraikan semua hutang anda, kecuali pinjaman rumah. Penyelesaian pinjaman dengan baki terendah, terutamanya yang melibatkan institusi kewangan, patut menjadi keutamaan nombor satu. Jangan risau tentang kadar bunga melainkan jika ada dua pinjaman dengan baki bayaran yang sama. Kalau itu kesnya, bayar pinjaman dengan kadar bunga tertinggi dahulu.

3. Buat Simpanan Perbelanjaan 3 Hingga 6 Bulan

Ini adalah langkah untuk membina dana kecemasan penuh. Simpanan yang bersamaan dengan perbelanjaan selama 3 hingga 6 bulan, dapat menjauhkan anda daripada membuat hutang (kecemasan) baru.  Senaraikan perbelanjaan bulanan anda dan darab dengan bilangan bulan yang anda ingini. Contoh, jika perbelanjaan bulanan anda adalah RM3000, dan anda mahu buat simpanan 3 bulan, jumlah simpanan yang anda perlukan adalah RM9000.

4. Melabur Sekurang-kurangnya 15% Pendapatan Untuk Dana Persaraan

Anda tidak pernah terlalu muda untuk bersedia menghadapi persaraan. Tanpa pembayaran pinjaman bulanan dan dengan dana kecemasan yang mencukupi, anda sudah boleh mula meletakkan 15% pendapatan anda untuk mendapatkan persaraan yang anda ingini.

Pelaburan hartanah, saham, saham amanah, komoditi, ASB, Tabung Haji – adalah di antara pilihan pelaburan yang ditawarkan di pasaran. Pilih yang sesuai dengan anda. Rancang dana persaraan anda kepada beberapa bakul berbeza.

Pelaburan beberapa ratus RM sebulan sekarang dapat menjadikan anda jutawan pada masa hadapan.

5. Perbelanjaan Pendidikan Anak

Perbelanjaan pendidikan dan perumahan semakin hari semakin bertambah. Bersedialah. Mula menyimpan sekarang, jadi anda akan bersedia sebaik sahaja anak anda tamat tingkatan lima.

6. Habiskan Pinjaman Perumahan Segera

Secara purata, mereka yang merancang untuk menghabiskan pinjaman perumahan segera dapat melakukannya dalam masa lima hingga tujuh tahun. Seronoknya apabila sudah tiada lagi hutang yang mengganggu kebebasan hidup anda! Gunakan lebihan duit untuk membayar hutang rumah, lebih-lebih lagi sekiranya terma pinjaman rumah anda adalah daily rest. Bukan sahaja anda mendapat kebebasan segera, tetapi anda juga berupaya berjimat kadar faedah sehingga ratusan ribu ringgit!

7. Bina Kekayaan dan Bersedekah

Ini adalah langkah terakhir dan yang paling menyeronokkan. Anda sudah berupaya untuk hidup bebas dan bersedekah dengan senang hati! Bina kekayaan, jadi pemurah dan wariskan kekayaan anda untuk generasi masa hadapan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=S45om5vuN-g]

Tags: dave ramseyhidupHutang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UniMara Mula Ambil Pelajar Jun Ini – Ismail Sabri

Next Post

Cef Terbaik Dunia Meninggal Dunia Akibat Bunuh Diri

Related Posts

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Lelaki Warga Asing Gesel Kemaluan Pada Kanak-kanak Dicekup

Gaduh Akibat Hutang RM30, Lelaki Cedera Ditikam Rakan

08/03/2024
0

Petaling Jaya: Akibat hutang RM30, dua sahabat bergaduh sebelum seorang daripadanya luka ditikam dan dikelar menggunakan pisau. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Cef Terbaik Dunia Meninggal Dunia Akibat Bunuh Diri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd