• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allahyarham Nik Aziz Kecam Anwar Iktiraf Israel – PAS

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan ahli dan penyokongnya bahawa bekas Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyelar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana iktiraf negara Israel sewaktu berada di luar negara.

PAS melalui artikel bertajuk “Hari Ini Dalam Sejarah PAS” yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi parti itu hari ini mengingatkan semua pihak bahawa Allahyarham Nik Abdul Aziz mengambil tindakan itu ke atas Anwar pada tarikh 13 Februari 2012.

Parti itu turut meninggatkan Majlis Syura Ulama PAS pernah hantar surat kepada Anwar mendesak pemimpin PKR itu menarik balik kenyataannya kepada Wall Street Journal (WSJ) yang sokong usaha penyelesaian dua negara untuk jaga keselamatan umat Israel.

“Pada hari ini dalam tahun 2012, Mursyidul Am PAS telah memaklumkan kepada media massa bahawa Majlis Syura Ulama PAS mengambil pendirian yang PAS tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel.

“Dan mendesak Anwar segera menarik balik kenyataannya yang menyokong konsep penyelesaian dua negara, satu negara untuk rakyat Palestin dan satu negara untuk Yahudi Zionis, Israel.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya pada 11 Februari 2012 turut menegaskan PAS menolak formula penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Asia Barat.

“PAS berpegang bahawa haram menerima kewujudan negara haram ini (Israel). Para pemimpin UMNO turut mendakwa kenyataan itu memalukan negara dan umat Islam.

Baca: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Juga: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Lagi: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancur Malaysia

wsj

“Pemimpin UMNO telah membuat kritikan dan kecaman terhadap Anwar yang dilihat mengikut jejak langkah Barat dalam isu Israel ini,” kata artikel tersebut.

Menurut artikel itu, Majlis Syura Ulama PAS telah mendesak Anwar supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ jika mendakwa kenyataannya telah diputar belit untuk membersihkan nama beliau.

Jelas PAS Pusat, parti tersebut malah berpegang dengan prinsip bahawa Palestin adalah hak umat Islam dan haram menerima kewujudan negara haram Israel.

“Menurut Nik Abdul Aziz keselamatan Israel bukan menjadi tanggungjawab umat Islam tetapi ia adalah akibat kezaliman Yahudi sendiri kerana mereka telah menubuhkan negara haram atas dasar kezaliman.

“Islam lebih mementingkan hak asasi, keadilan, kemanusiaan dan hubungan baik, tetapi sesekali tidak akan berkompromi dengan kezaliman ini,” kata kenyataan itu.

WSJ merupakan media sangat akrab dengan Anwar dan pemimpin PKR yang lain. Akhbar pro-Zionis itu juga media luar negara yang sering menyiarkan pelbagai berita negatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion.

 Anwar kini merengkok dalam Penjara Sungai Buloh setelah didapati bersalah oleh pihak mahkamah kerana meliwat seorang lelaki lain iaitu pembantu peribadinya. Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kira-kira tujuh tahun lalu.  – Mynewshub.cc
Tags: Anwar IbrahimIsraelNik Aziz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd