• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Iran Dilepas & Bebaskan Daripada Tuduhan Edar, Miliki Dadah

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Iran hari ini terlepas hukuman gantung selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar 5.532 kilogram dadah dan memiliki 14.82 gram dadah, dua tahun lepas.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan itu terhadap, Hassan Hanafi Adjar.

Kamardin berkata, oleh demikian tertuduh yang diwakili peguam Datuk C. Vignesh Kumar dan Wan Azwan Aiman, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Hakim juga berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan akses terhadap rumah sewa tertuduh, tempat dadah berkenaan ditemui.

Beliau berkata pengetahuan semata-mata tanpa kawalan dan jagaan eksklusif terhadap rumah itu tidak dapat membuktikan elemen milikan dadah berkenaan.

Hassan Hanafi, seorang penjual kereta, dituduh mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 5,532 gram di C2-18-16 Royal Regent, Jalan Putramas 2 Off Jalan Kuching, Sentul, pada 23 Okt 2014, pukul 3.15 pagi, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memiliki dadah jenis Kanabis seberat 14.82 gram di tempat, tarikh dan masa yang sama mengikut Seksyen 6 ADB, yang boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail dan sebanyak tujuh saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan itu. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd