SEORANG wanita dari Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat mencipta momen baharu dunia penyiaran apabila rakamannya ketika ditemu bual oleh seorang wartawan stesen tempatan tersebar ke seluruh dunia.
Michelle Dobyne mulanya ditemu ramah oleh seorang wartawan dari program News On 6 berhubung kejadian kebakaran yang melanda rumahnya serta kejiranan lain di Apartment Casa Linda, Perio Street.
Namun reaksi yang diberikannya ketika ditemu bual itu telah menyebabkan ramai orang merasa geli hati. Ini kerana setiap ayat dituturkannya disertakan dengan reaksi serta mimik-mimik muka yang dianggap lucu.

Kebakaran yang berlaku pada 11 Januari itu menyaksikan tiada nyawa dilaporkan terkorban. Tiga orang anaknya serta 100 orang lain yang terlibat dilaporkan selamat dan berjaya melarikan diri.
Kalau anda ingin melihat bagaimana gaya dan aksi bersahaja Michelle ketika ditemu bual secara siaran langsung, jom saksikan video di bawah ini. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro UK
Baca: Viral Kelakar Pembaca Berita Pura-Pura Pegang Ipad
Juga: Kelakar Habis! Insiden Tak Dijangka Ketika ‘Live’ Di TV
Lagi: Video Pembaca Berita Korea Tergelak Ketika Siaran
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Xse5vcMBt-Q]