• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Baru SJKT Dengkil Satu Projek Teristimewa

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil yang berwajah baru dalam tempoh 40 hari merupakan satu projek ‘teristimewa’.

Itu kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas meluangkan masa kira-kira sejam meninjau kemajuan baik pulih sekolah berkenaan selain beramah mesra dengan pelajar dan guru di sekolah tersebut.

Nyata beliau gembira dan berpuas hati dengan projek perintis membaik pulih SJKT Dengkil menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Projek ini berjaya membawa transformasi dalam masa yang singkat ke atas sekolah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SJKT Dengkil, M. Tamilsekaran kagum dan terharu apabila melihat bangunan sekolah yang uzur dan kritikal berkenaan bertukar wajah.

Beliau yang bertugas di sekolah berkenaan sejak tahun 90an gembira apabila melihat pemimpin nombor satu negara itu menepati janjinya mengambil tindakan membaik pulih sekolah tersebut.

Tamilsekaran berkata Najib yang membuat lawatan mengejut pada 29 Okt lalu mengarahkan Kementerian Pendidikan membuat penilaian berhubung keperluan sekolah itu dan mengambil tindakan secepat mungkin.

“Perdana Menteri mencipta satu sejarah. Bangunan sekolah yang wujud sejak 30 tahun lalu bertukar wajah dalam masa 40 hari dan 280 pelajar di sekolah ini akan menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

“Ini merupakan hadiah paling istimewa sempena persaraan saya pada 20 Jan ini. Saya akan bersara dengan hati lega kerana semua impian saya menjadi kenyataan.

“Saya berharap prestasi pelajar akan meningkat berikutan persekitaran pembelajaran yang kondusif ,” katanya ketika ditemui.

Tamilsekaran berkata kerja baik pulih sekolah itu termasuk menambah dua lagi bilik darjah dan dewan terbuka baharu juga dibina agar pelajar tidak lagi berjemur ketika perhimpunan.

“Kerja membaik pulih seperti makmal sains yang lebih kondusif, pusat ICT yang dilengkapi pelbagai peralatan dan juga pusat sumber yang dilengkapi pendingin hawa memberi persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

“Kami warga SJKT Dengkil amat berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan dan bantuannya,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Dr S.Subramaniam berkata Kementerian Pendidikan menambah peruntukan RM30 juta untuk diagihkan kepada sekolah bantuan modal bagi menyelesaikan isu pembangunan infrastruktur.

“Dalam tempoh enam hingga tujuh tahun, kerajaan berusaha membangunkan infrastruktur di sekolah Tamil dan ia jelas menunjukkan perubahan yang baik. Ini selaras dengan pendirian kerajaan meningkatkan mutu pendidikan negara,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]pjgsOnKjWMw[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd