Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Remaja Lemas Ketika Mandi...

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui mati lemas ketika...

Pemidato Hebat Akan Baling...

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir membuat...

Walau Apa Berlaku Saya...

SEMALAM industri hiburan dikejutkan dengan berita duka penyanyi No.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza...

Pejabat Tun M Sahkan...

Jurucakap pejabat Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas perdana menteri itu kini dirawat di...

Tip Untuk Jadi Peniaga Jalanan Yang Kaya Dan Berjaya!

TEKANAN hidup ada setiap hari, ianya tidak perlu dicari. Hidup ini memang padang ujian buat kita semua tetapi hanya insan yang berfikir dan berani bertindak akan menemui solusi.

Bercerita tentang kisah peniaga jalanan yang disaman Pihak Berkuasa Tempatan bukanlah perkara baharu. Seorang usahawan yang memang ‘lahir dan belajar’ di jalanan, sudah lali dengan perkara begini.

Hakikatnya semua orang punyai alasan dan pilihan tersendiri untuk memilih lokasi berniaga. Di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam, ‘street staller’ menjadi tarikan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Siapa biasa ke sana, pasti tahu keadaannya.

Di Malaysia tercinta, peraturannya berbeza mengikut lokasi. Berikut ialah nasihat  kepada peniaga jalanan di sini:

1. Pilih lokasi yang menjadi tumpuan orang lalu lalang untuk berniaga. Di mana ada orang, di situ ada wang!

2. Jual benda mudah dibawa dan mudah disediakan. Contohnya air soya dalam botol, jus delima perah dalam botol, kuih muih, nasi lemak, keychain dan sebagainya.

3. Sekiranya meja jualan perlu dibuka dan ditutup selalu, pastikan meja ada roda dan mudah disimpan.

4. Sebelum mula menjual, tengok kiri kanan, atas dan bawah. Jangan lupa baca Bismillah kemudian terus berniaga sajalah.

5. Sekiranya ada penguatkuasa datang kepada kita, mohon senyum dan jangan melawan. Sebaliknya berkata begini,  “Assalamualaikum Tuan, dah makan? Saya ada buat salah ke Tuan?”.


6. Ego manusia yang berunifom ni memang tinggi sikit sebab dia sedang bertugas. Tapi kalau pandai ambil hati, dia senyum juga. Paling tidak, dia beli air soya kita sebab haus!

7. Sekiranya diberikan saman, ambil sajalah! Jangan pula kita berteriak mahu melawan. Jangan maki hamun dan keluarkan kata kesat. Dia buat kerja dia saja.

8. Psssttt! Saman baru berapa ringgit bagi kesalahan menjaja di jalanan. Untung berniaga sehari pun boleh cover-lah kalau pandai merayu!

9. Tanya penguatkuasa tadi dengan baik, “Tuan, maaf saya mohon bertanya. Kalau berniaga di sini tak boleh, boleh tunjukkan saya di mana yang saya boleh..?”.

Ini antara tip-tip untuk jadi peniaga jalanan yang berjaya.  Lagi satu bila ada lori Majlis Perbandaran lalu di depan, jangan menyorok! Sebaliknya keluar ke depan, lambaikan tangan dan senyum lebar.

Sumber: The Vocket

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=dXWKEE0rKjg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori